Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459702
Title: Kaedah latih tubi bervariasi ke arah meningkatkan pencapaian cemerlang dalam matematik tambahan
Authors: Khoo Swee Chan (P57745 )
Supervisor: Effandi Zakaria, Profesor Madya Dr.
Keywords: Latih tubi bervariasi
Matematik tambahan
Issue Date: 2014
Description: Usaha masih perlu ditingkatkan dalam kalangan pelajar cemerlang Matematik Penilaian Menengah Rendah (PMR) supaya berjaya memperoleh pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Matematik Tambahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kumpulan pelajar cemerlang PMR sering dianggap sudah menguasai fakta Matematik tetapi pada hakikatnya mereka masih lemah untuk menyelesaikan masalah dalam mata pelajaran Matematik Tambahan SPM. Sehubungan dengan itu, menggalakkan kaedah latih tubi iaitu pengulangan aktiviti yang sama atau setara sahaja dalam suatu jangka masa yang tertentu adalah penting supaya pelajar dapat menyelesaikan masalah dengan cepat dan tepat. Oleh itu guru boleh menggunakan kaedah latih tubi dalam pengajaran Matematik Tambahan untuk membantu pelajar menguasai kemahiran menyelesaikan masalah dan seterusnya meningkatkan pencapaian cemerlang bagi mata pelajaran ini dalam peperiksaan SPM. Satu kajian tindakan telah dijalankan untuk membuat penambahbaikan kaedah latih tubi dan seterusnya meningkatkan pencapaian cemerlang dalam Matematik Tambahan SPM bagi 30 orang responden dari tiga buah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di daerah Tampin, Negeri Sembilan. Pada pusingan pertama kajian tindakan, pengulangan penerangan dan latihan tidak bervariasi telah diberikan kepada responden untuk menangani masalah ketika menjawab soalan-soalan latihan/ujian/penilaian dari topik pelajaran sukar. Pada kitaran kedua kajian tindakan, pengulangan latihan bersasaran dan bervariasi ditingkatkan untuk membantu responden membuat penambahbaikan dalam kemahiran menyelesaikan masalah dalam topik pelajaran sukar itu. Pada pusingan ketiga kajian tindakan, pengulangan latihan bersasaran dan bervariasi dengan ketetapan masa penyelesaian masalah yang ketat untuk mendisiplinkan responden menyelesaikan masalah dari topik pelajaran sukar dalam masa yang terhad. Seterusnya 13 orang responden kajian ini berjaya memperoleh pencapaian yang cemerlang (4A+, 1A, 8A-) dalam peperiksaan Matematik Tambahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011. Satu koleksi latihan kaedah latih tubi (LT) juga telah disediakan oleh pengkaji untuk guru pelatih dan guru novis mengajar topik pelajaran sukar dalam mata pelajaran Matematik Tambahan. Dapatan kajian ini mungkin tidak dapat digenerasikan secara umum kepada semua responden namun kaedah latih tubi (LT) masih perlu dipertimbangkan sebagai salah satu kaedah pengajaran alternatif yang efektif,Master/Sarjana
Pages: 286
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75267+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.62 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.