Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459696
Title: Tahap pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) guru pelatih sains dalam mengajar astronomi
Authors: Yew Kiong Lim (P51061 )
Supervisor: Lilia Halim, Prof. Dr.
Keywords: Pengetahuan pedagogi
Astronomy
Issue Date: 9-May-2014
Description: Kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti tahap Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) guru pelatih sains dalam mengajar astronomi. Komponen Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) yang dikaji adalah (i) Pengetahuan Isi Kandungan Astronomi, (ii) Pengetahuan Kontekstual, (iii) Pengetahuan Pedagogi Umum, dan (iv) Pengetahuan Pedagogi Khusus. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan instrument kajian merupakan soal selidik yang dibina berdasarkan tinjauan literatur dan adaptasi daripada soal selidik lain. Sample kajian dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak iatu 253 orang guru pelatih sains daripada lima universiti tempatan. Data kuantitatif telah dianalisis secara diskriptif. Soalan kerangka alternatif telah dianalisis secara kualitatif untuk menentukan cara pembetulan kerangka alternatif guru pelatih sains. Dapatan kajian menunjukkan tahap Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) astronomi pada guru pelatih sains di Malaysia adalah pada tahap yang tinggi. Namum demikian, tahap pengetahuan astronomi guru pelatih sains adalah pada tahap yang rendah dan tahap pengetahuan pedagogi khusus adalah pada tahap yang sederhana. Bagi pembetulan kerangka alternatif pelajar, guru pelatih sains sedar kaedah untuk membetulkan kerangka alternatif pelajar, tetapi mereka tidak tahu sebab mereka menggunakan kaedah tersebut. Implikasi kajian adalah penambahan pengetahuan sintaksis pada komponen pengetahuan isi kandungan pada topik astronomi dalam KBSR dan KBSM, memastikan guru pelatih sains tahu menggunakan alat radas astronomi, mengadakan kursus-kursus astronomi yang dibuka kepada semua jenis guru, memastikan cara pengajaran dan pembelajaran astronomi yang berkesan, mewujudkan buku panduan kurikulum pada topik astronomi, mewujudkan kaedah pengajaran astronomi di Universiti serta lebih kepada aktiviti pembelajaran berbentuk aplikasi dalam kehidupan seharian.,Master/Sarjana
Pages: 168
Call Number: QB61.Y448 2014 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459696
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75245+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.72 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.