Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459688
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKamisah binti Osman, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorSuriana binti Mohd Asari (P54409)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:31:29Z-
dc.date.available2023-09-13T09:31:29Z-
dc.date.issued2013-09-05
dc.identifier.otherukmvital:74677
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459688-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dijalankan di sekolah rendah di Daerah Hulu Langat, Selangor serta sejauh manakah program tersebut mencapai matlamatnya. Kajian ini menggunakan Model Penilaian Konteks-Input-Proses-Produk (CIPP) yang dikemukakan oleh Stufflebeam et. al (1971) dengan memberikan fokus kepada dua komponen dalam model iaitu input dan proses. Sampel kajian ini terdiri daripada 250 orang guru Tahun Satu daripada 20 buah sekolah. Penganalisaan data kajian adalah bersifat deskriptif dan inferensi menggunakan perisian program SPSS Versi 11.5. Dari segi penilaian input, hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya kesesuaian kurikulum dan kemudahan peralatan dalam pelaksanaan PBS berada pada tahap yang sederhana manakala tahap pengetahuan, tahap kemahiran dan tahap kerjasama pentadbir berada pada tahap yang tinggi. Manakala, perbandingan input pelaksanaan PBS berdasarkan jenis sekolah dan lokasi sekolah menunjukkan pengetahuan guru dalam melaksanakan PBS di sekolah kebangsaan luar bandar adalah lebih baik berbanding dengan guru sekolah kebangsaan di bandar. Sebaliknya, tahap pengetahuan guru di sekolah jenis kebangsaan adalah lebih baik di bandar berbanding di luar bandar. Dari segi penilaian proses, hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya penilaian proses pentaksiran, peranan pentaksir dan penjaminan kualiti berada pada tahap yang tinggi. Manakala, perbandingan proses pelaksanaan antara jenis sekolah dan lokasi sekolah menunjukkan proses pentaksiran guru di sekolah kebangsaan luar bandar adalah lebih baik daripada guru sekolah kebangsaan di bandar. Sebaliknya, proses pentaksiran guru di sekolah jenis kebangsaan adalah lebih baik di bandar berbanding luar bandar. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menambahbaik program PBS serta meningkatkan mutu pentaksiran negara. Kajian ini mengimplikasikan bahawa untuk mencapai matlamat pelaksanaan program PBS dalam kalangan guru, kursus PBS yang mantap dan berterusan haruslah dijalankan dengan memberi fokus utama kepada kemahiran dan perkongsian ilmu antara guru yang pernah dan tidak pernah menghadiri kursus.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectSekolah
dc.subjectPeperiksaan UPSR
dc.subjectSistem pentaksiran kebangsaan
dc.subjectEducation and state -- Malaysia
dc.titlePentaksiran berasaskan sekolah untuk peperiksaan UPSR : satu penilaian ke arah transformasi sistem pentaksiran kebangsaan
dc.typetheses
dc.format.pages142
dc.identifier.callnoLB3051.S937 2013
dc.identifier.barcode000837
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74677+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.35 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.