Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459687
Title: | Ketidakstabilan emosi dan hubungannya dengan tekanan (stres) dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat muzik |
Authors: | Tuan Zahrah binti Tuan Mat (P 56460) |
Supervisor: | Rosadah Abd Majid, Dr |
Keywords: | Emosi Tekanan (stress) Pelajar pintar Muzik Gifted children -- Education -- Malaysia |
Issue Date: | 27-Aug-2013 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap ketidakstabilan emosi dan hubungannya dengan tekanan (stres) dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat muzik di dua buah sekolah seni di Johor dan Sarawak. Ketidakstabilan emosi dikaji berdasarkan kurang keyakinan diri, kebimbangan dan perasaan bersalah. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat perbezaan tahap ketidakstabilan emosi dengan tahap tekanan dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat muzik berdasarkan jantina, bangsa, dan lokasi tempat tinggal. Sampel bagi kajian ini terdiri daripada 36 orang pelajar pintar dan berbakat muzik (PBM) di dua buah sekolah seni. Bagi tujuan tersebut, kajian ini dijalankan secara tinjauan. Data kuantitatif diperoleh melalui pentadbiran soal selidik Eysenck Personality Questionnaire (EPQ) yang telah diadaptasi. Kajian ini juga disokong oleh data kualitatif yang diperoleh dari soalan temu bual terbuka bertulis yang diberikan kepada peserta kajian. Analisis deskriptif yang melibatkan min dan sisihan piawai mendapati min tahap ketidakstabilan emosi dan tahap tekanan dalam kalangan responden kajian adalah rendah iaitu 2.39 (ketidakstabilan emosi) dan 2.30 (tekanan). Manakala, analisis inferensi menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap ketidakstabilan emosi, dan tekanan berdasarkan jantina dan lokasi tempat tinggal. Walau bagaimanapun hasil ujian Analisis Varians Satu Hala (ANOVA) menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap tekanan berdasarkan bangsa. Seterusnya analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara tahap ketidakstabilan emosi dengan tahap tekanan (stres). Secara keseluruhan, kajian ini menunjukkan pelajar pintar dan berbakat muzik (PBM) lebih stabil emosinya. Namun, terdapat segelintir pelajar PBM yang mudah mengalami tekanan dan emosi yang tidak stabil. Oleh itu dicadangkan agar penekanan terhadap pembinaan kemampuan menangani emosi dan tekanan melalui pelbagai kaedah dilakukan bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan berkemampuan menangani cabaran semasa.,Master/Sarjana |
Pages: | 149 |
Call Number: | LC3993.T833 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459687 |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74674+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.65 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.