Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459685
Title: | Iklim kerja dan tahap burnout guru-guru pendidikan jasmani sekolah menengah dalam daerah Kuala Kangsar |
Authors: | Meor Mohd Mahfudz bin Abu Hassan (P 43927) |
Supervisor: | Tajul Arifin bin Muhamad, Dr |
Keywords: | Burnout guru-guru Pendidikan jasmani sekolah menengah Kuala Kangsar Teachers -- Job stress -- Malaysia |
Issue Date: | 26-Oct-2011 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti iklim kerja dan tahap burnout dalam kalangan guru Pendidikan Jasmani (PJ) di sekolah menengah dalam daerah Kuala Kangsar. Ia bertujuan untuk melihat dan menentukan sejauh mana hubungan antara burnout dengan faktor demografi guru-guru (PJ) serta hubungan antara burnout dengan iklim kerja yang meliputi Dimensi Psikologikal, Dimensi Struktural, Dimensi Sosial dan Dimensi Birokratik. Kajian ini juga meninjau sejauh mana fenomena burnout wujud dalam kalangan guru yang mengajar mata pelajaran pendidikan jasmani. Kajian ini melibatkan seramai 70 orang sampel yang terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kaedah tinjauan iaitu pengumpulan data berdasarkan item-item soal selidik yang menggunakan kaedah skala Likert yang diadaptasikan mengikut kerangka konseptual Pines (1992) dan Inventori Burnout Maslach (IBM) yang diubahsuai oleh Fejgin, et al.(1995). Data yang telah dikumpul, dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tekanan dalam kalangan guru PJ masih di tahap sederhana (M = 2.54). Analisis ujian-t juga menunjukkan tidak terdapatnya perbezaan yang signifikan di antara tahap burnout dengan jantina (t=.660, df=68, p=0.512, p>0.05) dan opsyen guru (t=.277, df=68, p=0.782, p>0.05). Keputusan ujian korelasi pearson (r) pula menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan di antara iklim kerja dengan tahap burnout guru (r = .424, n =70, p = 0.001, p<0.05). Dimensi Struktural (p=0.252, p>0.05) dan Dimensi Sosial (p=0.57, p>0.05) pula menunjukkan tidak terdapatnya hubungan yang signifikan dengan tahap burnout dalam kalangan guru (PJ). Dapatan kajian menunjukkan tahap burnout dalam kalangan guru pendidikan jasmani di sekolah menengah sekitar Kuala Kangsar berada pada tahap sederhana. Namun begitu, beberapa langkah perlu diambil perhatian dan pencegahan awal bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif.,Master/Sarjana |
Pages: | 117 |
Call Number: | LB2840.2.M445 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459685 |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74392+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 6.71 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.