Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459680
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Kamisah Osman, Prof Madya Dr | - |
dc.contributor.author | Siti Nur Diyana Mahmud (P45693) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:31:23Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:31:23Z | - |
dc.date.issued | 2011-07-07 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:74383 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459680 | - |
dc.description | Program kitar semula di Malaysia telah mula diperkenalkan secara meluas sejak tahun 1993. Walaubagaimanapun, sehingga kini kadar amalan mengitar semula di Malaysia hanya lima peratus. Dalam kajian ini, Teori Tingkah Laku Terancang dijadikan sebagai asas teoritikal untuk mengkaji faktor pemula kepada niat tingkah laku kitar semula dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Teori Tingkah Laku Terancang berhipotesis bahawa determinan serta merta tingkah laku adalah niat individu untuk melaksanakan atau tidak melaksanakan sesuatu tingkah laku. Niat tersebut dipengaruhi oleh tiga faktor iaitu sikap spesifik, norma subjektif dan tanggapan terhadap kawalan tingkah laku. Responden kajian terdiri daripada 400 orang pelajar Tingkatan Empat sekolah menengah di negeri Selangor. Bagi menilai Teori Tingkah Laku Terancang, kajian ini menggunakan kaedah Pemodelan Persamaan Struktur (Structural Equation Modelling-SEM). Dapatan kajian mendapati tanggapan terhadap kawalan tingkah laku merupakan peramal terkuat kepada niat tingkah laku (β=0.687) yang disusuli dengan norma subjektif (β= 0.593). Manakala sikap spesifik merupakan peramal yang mempunyai hubungan tidak langsung dengan niat tingkah laku. Analisis turut menunjukkan bahawa hubungan tidak langsung yang wujud adalah melalui tanggapan kawalan tingkah laku dan juga melalui norma subjektif Implikasi kajian ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu secara teoritikal dan praktikal. Implikasi secara praktikal berdasarkan kajian ini adalah dapat membina satu instrumen bagi mengukur faktor yang mempengaruhi niat tingkah laku kitar semula dalam kalangan pelajar. Selain daripada itu, implikasi kajian ini adalah kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran pendidikan alam sekitar dalam matapelajaran sains. Kaedah pengajaran dan pembelajaran pendidikan alam sekitar perlu fokus kepada faktor-faktor yang dapat mempengaruhi tingkah laku pelajar seperti dapatan kajian ini yang menunjukkan tanggapan terhadap kawalan tingkah laku merupakan peramal terkuat kepada niat tingkah laku. Manakala implikasi secara teoritikal kajian ini adalah dapat memberi satu perspektif yang baru kepada Teori Tingkah Laku Terancang iaitu sikap spesifik mempunyai hubungan yang tidak langsung dengan niat tingkah laku, dan hubungan itu adalah melalui norma subjektif dan tanggapan terhadap kawalan tingkah laku.,Master/Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Tingkah laku | - |
dc.subject | Kitar semula | - |
dc.subject | Pelajar | - |
dc.subject | Aplikasi teori | - |
dc.subject | Terancang | - |
dc.subject | Behaviorism (Psychology) | - |
dc.title | Faktor mempengaruhi niat tingkah laku kitar semula dalam kalangan pelajar : aplikasi teori tingkah laku terancang | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 132 | - |
dc.identifier.callno | LB1060.2.S595 2011 | - |
dc.identifier.barcode | 000161 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74383+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 657.79 kB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.