Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459679
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorEffandi Zakaria, Profesor Madya Dr.
dc.contributor.authorAgus Rizal (P 41843)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:31:22Z-
dc.date.available2023-09-13T09:31:22Z-
dc.date.issued2011-08-05
dc.identifier.otherukmvital:74382
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459679-
dc.descriptionRamai orang tidak tertarik untuk berbincang tentang matematik. Bagi sebilangan pelajar, matematik dirasakan sebagai sesuatu yang sukar, membosankan, sangat tidak praktikal dan abstrak. Mengubah fahaman negatif tentang matematik atau menanamkan fahaman yang positif terutama kepada pelajar adalah perkara yang asas, dan bukan perkara yang mudah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepercayaan pelajar tentang diri mereka sebagai pelajar matematik, disiplin matematik, pengajaran dan pembelajaran matematik. Selain itu, kajian ini juga menentukan dan meramalkan pemahaman konseptual pelajar dalam topik integral serta perkaitan diantara pembolehubah yang dikaji. Kajian ini berbentuk tinjauan semasa dan telah dijalankan kepada 203 orang pelajar tahun ketiga yang menuntut di Sekolah Menengah Atas Negeri, Kota Madya Dumai, Provinsi Riau, Indonesia. Data dikutip daripada responden dengan menggunakan soal selidik kepercayaan pelajar tentang matematik dan satu set soalan ujian matematik. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS Version 16). Kajian mendapati bahawa kebanyakan pelajar menganuti kepercayaan matematik yang tinggi dalam setiap dimensi kepercayaan matematik mereka. Walaupun demikian, didapati pemahaman konseptual dalam topik integral yang mereka miliki masih lemah. Keputusan kajian juga mendapati bahawa pemahaman konseptual dalam topik integral mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan semua dimensi kepercayaan matematik yang dikaji. Selanjutnya, keputusan kajian mendapati persamaan regresi yang diperolehi boleh meramal pemahaman konseptual pelajar dalam topik integral. Implikasi kajian menunjukkan bahawa dengan meningkatkan kepercayaan pelajar tentang matematik akan menyumbang kepada pemahaman konseptual pelajar dalam topik integral.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectKepercayaan
dc.subjectMatematik
dc.subjectPemahaman konseptual
dc.subjectPelajar
dc.subjectTopik integral
dc.subjectLearning
dc.subjectPsychology of
dc.titleKepercayaan Matematik dan pemahaman konseptual pelajar dalam topik integral
dc.typetheses
dc.format.pages116
dc.identifier.callnoLB1060.A348 2011
dc.identifier.barcode000162
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74382+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.51 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.