Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459674
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRuslin Amir, Dr.
dc.contributor.authorAbd. Halim Ismail (P42972)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:31:18Z-
dc.date.available2023-09-13T09:31:18Z-
dc.date.issued2011-01-10
dc.identifier.otherukmvital:74376
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459674-
dc.descriptionKajian ini bertujuan mengenalpasti sejauhmana tahap kemurungan dan sokongan sosial dalam kalangan pelajar serta menyelidik sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dan jenis aliran dari segi kemurungan dan sokongan sosial. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai alat kajian. Instrumen yang telah diuji keesahan dan kebolehpercayaan digunakan dalam soal selidik ini. Instrumen yang digunakan ialah Reynolds Adolescent Depression Scale (RADS), Socially Supportive Behaviors (SS-B) dan set temu bual. Soal selidik tersebut terdiri daripada tiga bahagian iaitu maklumat latar belakang, gejala kemurungan dan sokongan sosial. Seramai 256 orang pelajar tingkatan empat dari aliran Sains dan Kemanusian di empat buah sekolah menengah luar bandar yang dipilih secara rawak berstrata. Data yang diperolehi daripada pelajar dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif, inferensi dan kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan keseluruhan tahap kemurungan pelajar pada tahap sederhana. Dari segi sokongan sosial (SS) pula, kajian menunjukkan pelajar memperoleh tahap sokongan yang tinggi daripada ahli keluarga dan tahap sederhana daripada rakan. Ujian Anova menunjukkan perbezaan yang signifikan antara jantina pelajar dengan kemurungan dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jenis aliran namun terdapat kesan interaksi antara kedua-duanya. Dari segi SS daripada ahli keluarga, didapati perbezaan yang signifikan antara jantina pelajar dan tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan antara jenis aliran pelajar serta tiada interaksi antara keduanya. Bagi SS daripada rakan menunjukkan perbezaan yang signifikan antara jantina pelajar dan dari segi jenis aliran pula, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Kesan interaksi juga tidak signifikan. Ujian Pearson mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan kemurungan dan sokongan sosial yang dialami oleh pelajar di sekolah. Secara umumnya kajian ini mendapati, pengaruh ahli keluarga dan rakan-rakan merupakan faktor yang berkait rapat dengan kesihatan mental dan pencapaian akademik pelajar di sekolah.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectKemurungan
dc.subjectSokongan sosial
dc.subjectPencapaian akademik
dc.subjectPelajar sekolah menengah
dc.subjectLuar bandar
dc.subjectStudents -- Psychology
dc.titleKemurungan, sokongan sosial dan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar sekolah menengah diluar bandar
dc.typetheses
dc.format.pages145
dc.identifier.callnoLB1117.A237 2011
dc.identifier.barcode000143
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74376+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.81 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.