Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459673
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNor Sakinah binti Mohamad, Puan
dc.contributor.authorRofizah binti Rehot (P42927)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:31:18Z-
dc.date.available2023-09-13T09:31:18Z-
dc.date.issued2011-02-01
dc.identifier.otherukmvital:74374
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459673-
dc.descriptionKajian tinjauan ini bertujuan untuk meninjau tahap kepercayaan terhadap orientasi pengajaran dan pembelajaran (P&P) kontemporari konstruktivis dan tradisional di kalangan guru-guru matematik di Bandar Bintulu dan Sibu, Sarawak. Orientasi P&P kontemporari konstruktivis terdiri dari jenis pengajaran koperatif, berasaskan masalah dan sosio konstruktivis manakala orientasi tradisional terdiri dari jenis pengajaran statik dan mekanistik. Kajian ini juga bertujuan untuk meninjau perbezaan tahap kepercayaan bagi kedua-dua orientasi ini dari aspek tempoh pengalaman mengajar dan latar belakang ikhtisas guru-guru. Sampel terdiri daripada 218 orang guru-guru yang sedang dalam perkhidmatan dan mengajar matapelajaran matematik di sekolahsekolah menengah di Bandar Bintulu dan Sibu. Pemilihan sampel dibuat secara tidak rawak dan bertujuan. Pengumpulan data telah menggunakan instrumen yang diadaptasikan dari kajian oleh Barkatsas & Malone (2005) berhubung tinjauan kepercayaan terhadap orientasi P&P guru-guru matematik sekolah menengah di Greek. Instrumen kajian adalah berbentuk soal selidik yang menggunakan skala likert 1 hingga 5 dan telah melalui proses mendapatkan kesahan serta kebolehpercayaan mengikut konteks tempatan. Data telah dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan, min, peratus dan sisihan piawai. Analisis deskriptif ini digunakan untuk mengenalpasti tahap kepercayaan guru-guru terhadap kedua-dua orientasi ini. Keputusan analisis deskriptif mendapati min tahap kepercayaan guru terhadap keduadua orientasi ini adalah tinggi iaitu kontemporari konstruktivis (4.220) dan tradisional (3.935). Analisis secara inferensi pula telah menggunakan teknik statistik Analisis Varians Satu Hala (ANOVA). ANOVA digunakan untuk mengenalpasti perbezaan yang signifikan bagi tahap kepercayaan kedua-dua orientasi ini berdasarkan tempoh pengalaman mengajar dan latar belakang ikhtisas guru. Keputusan analisis ANOVA mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kepercayaan terhadap orientasi P&P kontemporari konstruktivis dan tradisional berdasarkan tempoh pengalaman mengajar. Berdasarkan latar belakang ikhtisas guru, terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kepercayaan terhadap orientasi P&P tradisional antara guru yang mempunyai Diploma pendidikan dan guru KPLI/DPLI. Manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kepercayaan terhadap orientasi P&P kontemporari konstruktivis berdasarkan latar belakang ikhtisas guru. Beberapa faktor telah dikenalpasti dan dinyatakan Beberapa implikasi dan cadangan kajian telah dikemukakan bagi membantu guru menterjemahkan kepercayaan mereka dalam amalan P&P kerana banyak kajian mendapati faktor kepercayaan adalah antara aspek yang mempunyai pengaruh dominan dalam pendekatan pengajaran guru.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectKepercayaan
dc.subjectGuru Matematik
dc.subjectOrientasi
dc.subjectPengajaran dan pembelajaran
dc.subjectKontemporari konstruktivis dan tradisional
dc.subjectTeachers -- Psychology
dc.titleTinjauan tahap kepercayaan guru Matematik terhadap orientasi pengajaran dan pembelajaran kontemporari konstruktivis dan tradisional
dc.typetheses
dc.format.pages127
dc.identifier.callnoLB2840.R634 2011
dc.identifier.barcode000154
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74374+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.36 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.