Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459671
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZolkepeli Bin Haron, En.
dc.contributor.authorMat Rasid bin Ishak (P38956)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:31:17Z-
dc.date.available2023-09-13T09:31:17Z-
dc.date.issued2011-07-10
dc.identifier.otherukmvital:74373
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459671-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan kurikulum Pentaksiran Kemahiran Amali (PEKA) sains di Sekolah Kebangsaan berdasarkan Model Penilaian context, input, process, product (CIPP). Reka bentuk kajian menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif yang melibatkan proses kaedah trigulasi. Kajian ini melibatkan sekolah kebangsaan di sekitar Daerah Hulu Langat. Pemilihan sampel kajian adalah menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata yang terdiri daripada 340 orang murid yang terlibat dengan kurikulum PEKA dan persampelan rawak mudah sebanyak 20 orang guru yang mengajar sains. Empat instrumen kajian telah dibina sendiri oleh penyelidik dan disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach yang diperolehi bagi semua bahagian dalam dua set soal selidik adalah tinggi (>0.8). Dua set soal selidik tersebut digunakan untuk mendapatkan data penilaian konteks, input dan proses yang diedarkan kepada guru, manakala satu set ujian digunakan untuk memperoleh data penilaian produk daripada murid. Temu bual dan pemerhatian berstruktur juga digunakan bagi memperoleh data kualitatif dalam penilaian proses untuk menghuraikan data kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan elemen-elemen penilaian konteks iaitu kerelevanan kurikulum PEKA, persepsi guru terhadap PEKA, penilaian kendiri PEKA oleh guru dan murid adalah sederhana. Elemen-elemen penilaian input iaitu peruntukkan masa pengajaran dan kandungan kemahiran PEKA dalam buku teks juga sederhana manakala elemen bekalan BBM berada pada tahap negatif. Dapatan penilaian proses pula mendapati hanya elemen penekanan dalam pengajaran positif, strategi, pendekatan, bentuk, teknik dan aktiviti pengajaran berada pada tahap sederhana, manakala penggunaan BBM, kaedah penilaian PEKA dan dapatan penilaian rpoduk berada pada tahap negatif. Ujian Khi kuasa dua digunakan untuk menentukan perkaitan antara jantina, umur dan kelayakan akademik dengan keberkesanan perlaksanaan PEKA. Jantina dan umur mempunyai hubungan yang signifikan manakala kelayakan akademik tiada hubungan signifikan dengan keberkesanan perlaksanaan PEKA. Secara kesimpulanya, perlaksanaan PEKA mempunyai banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki, diberi perhatian dan tindakan dengan perancangan yang teliti dalam membaiki kelemahan yang dikenalpasti.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectPenilaian program
dc.subjectPentaksiran kemahiran amali (PEKA)
dc.subjectSekolah rendah
dc.subjectEducational evaluation
dc.titlePenilaian program pentaksiran kemahiran amali (PEKA) sekolah rendah
dc.typetheses
dc.format.pages169
dc.identifier.callnoLB2822.75.M396 2011
dc.identifier.barcode000155
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74373+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.29 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.