Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459664
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorRuslan (P38313)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:31:12Z-
dc.date.available2023-09-13T09:31:12Z-
dc.date.issued2011-04-17
dc.identifier.otherukmvital:74350
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459664-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja dan tekanan kerja dalam kalangan guru sekolah menengah kejuruan di Banda Aceh. Kajian ini ingin menentukan sama ada terdapat perbezaan antara faktor demografi dengan kepuasan kerja guru sekolah menengah kejuruan dan hubungan domain tahap kepuasan kerja dengan tekanan kerja. Kajian ini dijalankan ke atas 132 guru sekolah menengah kejuruan di Banda Aceh. Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Kepuasan kerja dan tekanan kerja di ukur dengan menggunakan alat ukur Job Descriptive Index oleh Smith Kendall dan Hulin. Penganalisian data menggunakan perisian SPSS versi 11.5. Statistik deskriptif seperti kekerapan, peratusan dan min digunakan untuk menerangkan profil responden, tahap kepuasan kerja secara, tahap tekanan kerja dan factor yang mempengaruhi tekanan kerja yang paling tinggi tahapnya. Statistik inferensi Anova Sehala dan Korelasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis yang telah dibangunkan. Hasil kajian menunjukkan kepuasan kerja guru sekolah menengah kejuruan Banda Aceh berada di tahap sederhana bagi subdomain gaji dan kenaikan pangkat dan rendah bagi subdomain pekerjaan sekarang, penyeliaan dan teman sekerja. Kajian mendapati terdapat perbezaan min yang signifikan dari segi kepuasan kerja guru sekolah menengah berdasarkan faktor umur, pengalaman mengajar, kelulusan akademik, tahap perkahwinan dan gaji. Bagaimanapun tidak terdapat perbezaan min bagi faktor jantina. Kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dari segi faktor tekanan kerja berdasarkan kesemua faktor demografi. Analisis data juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kepuasan kerja dengan tahap tekanan kerja sampel yang dikaji. Beberapa implikasi dan cadangan turut dibincangkan dalam usaha untuk meningkatkan mutu profesion perguruan dalam kalangan guru di Banda Aceh.,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectKepuasan kerja
dc.subjectTekanan kerja
dc.subjectBanda Aceh
dc.subjectIndonesia
dc.subjectTeachers -- Job satisfaction
dc.titleTahap kepuasan kerja dan tekanan kerja dalam kalangan guru sekolah menengah kejuruan di Banda Aceh
dc.typetheses
dc.format.pages122
dc.identifier.callnoLB1033.R845 2011 tesis
dc.identifier.barcode000182
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74350+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
593.58 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.