Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459437
Title: | Penghujahan fatwa berdasarkan ayat hukum dan kaedah fiqh di Pulau Pinang |
Authors: | Nurul Ain Anuar Shariff (P85129) |
Supervisor: | Abdul Basir Mohamad, Prof. Dr. |
Keywords: | Fatwas -- Pulau Pinang Islamic law -- Malaysia Islamic law -- Sources Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 5-Jan-2018 |
Description: | Ayat hukum yang mengandungi segala hukum-hakam fiqh merupakan suatu sumber dan rujukan penting dalam penentuan hukum oleh pihak yang berautoriti mengeluarkan fatwa sejak zaman berzaman. Sumber lain yang boleh mendukung sama dalam menguatkan penghujahan fatwa tidak lain ialah kaedah fiqh yang turut diaplikasikan oleh ulama terdahulu dalam menyuarakan pendapat. Kedua-dua sumber ini turut menjadi dalil dalam penghujahan fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan-Jabatan Mufti di Malaysia. Namun demikian, kajian dalam penghujahan fatwa berdasarkan ayat hukum dan kaedah fiqh khususnya di negeri Pulau Pinang masih belum dilakukan bagi menguatkan lagi keputusan fatwa yang telah diputuskan. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji penghujahan fatwa berdasarkan ayat hukum oleh Jawatankuasa Fatwa negeri tersebut dan mengenal pasti sejauh mana penggunaan kaedah fiqh oleh mereka. Seterusnya menganalisis kaedah fiqh yang sedia ada dalam keputusan fatwa yang diwartakan. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan pendekatan analisis dokumen. Pengumpulan data dicapai dengan analisis dokumen yang diperolehi daripada Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. Manakala kaedah temu bual pula dijalankan secara separa berstruktur dan data-data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati fatwa terpilih yang diwartakan dari tahun 2004 hingga 2014 di Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang telah berhujah dengan menggunakan ayat al-Quran dalam menetapkan sesuatu hukum. Tetapi tidak kesemua fatwa berhujah dengan kaedah fiqh kerana mengikut kepada kesesuaian tajuk fatwa selain cenderung terhadap sumber-sumber lain seperti sadd al-dharā’ic maslahah dan sebagainya. Implikasi dari kajian menyumbang kepada pemahaman yang lebih lanjut kepada pengkaji dan institusi fatwa berkenaan malah mengukuhkan lagi keputusan-keputusan fatwa yang dikeluarkan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 165 |
Call Number: | BP158.F3N83 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_111130+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.9 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.