Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459435
Title: Penglibatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam dialog antara agama
Authors: Mahfuzah Zohdi (P68750)
Supervisor: Yusri Mohd Ramli
Keywords: Dialogue -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 8-Aug-2018
Description: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)dilihat kurang berperanan dalam dialog antara agama di Malaysia kerana fungsi utamanya adalah dalam pengurusan yang berkaitan hal ehwal Islam di negara ini. Dalam sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk, dialog antara agama merupakan medium utama untuk merapatkan jurang persefahaman dan kerjasama antara pelbagai penganut agama. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh mana penglibatan JAKIM dalam aktiviti dialog antara agama. Tumpuan kajian adalah peranan dan kesan penglibatan JAKIM serta meneroka cabaran dan isu dalam pelaksanaan dialog. Metode yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan reka bentuk kajian kes dengan pendekatan kualitatif, manakala kaedah pengumpulan data dibuat melalui kajian berasaskan dokumentasi dan temu bual. Pengkaji menggunakan kaedah deskriptif bagi menganalisis data dan temu bual bagi mendapatkan tema-tema kajian yang dikehendaki. Berdasarkan kajian didapati bahawa JAKIM telah terlibat dalam dialog antara agama. Ini ditandai dengan penglibatan dalam beberapa aktiviti dialog sama ada secara langusng atau tidak langsung. seperti dakwah bil-hal dan penghantaran pegawai berkursus ke Muslim College di London. Ini juga ditandai dengan wujudnya program-program dialog yang dikendalikan oleh agensi-agensi di bawah JAKIM seperti program Mosque Tour Guide )MTG) oleh Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sebagai rumusannya dapat dikatakan bahawa bahawa kegiatan dialog antara agama digerakkan oleh agensi-agensi di bawah JAKIM. Ini juga memberikan implikasi dan membuka ruang bahawa masjid telah berfungsi sebagai pusat dialog dan interaksi antara orang-orang Islam dan bukan Islam dan menunjukkan bukan suatu kejanggalan untuk orang-orang bukan Islam menziarahi masjid. Sehubungan itu, pelaksanaan MTG boleh diperkemaskan lagi melalui penyelarasan dan kerjasama erat dengan Islamic Outreach Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan lain-lain Non-Government Organisation (NGO) seperti Malaysian Chinese Muslim Organisation (MACMA) dan sebagainya.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 154
Call Number: BP190.5.D53M33 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_111128+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.05 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.