Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459433
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSabri Mohamad, Dr.-
dc.contributor.authorAnis Syahirah Fauzan (P78815)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:57:55Z-
dc.date.available2023-09-13T07:57:55Z-
dc.date.issued2018-07-30-
dc.identifier.otherukmvital:111124-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459433-
dc.descriptionAmalan kerohanian menghafaz al-Quran berupaya memperkasakan fizikal, mental, jiwa dan intelektual para penghafaznya. Pengintegrasian subjek hafazan al-Quran dengan akademik secara bersepadu telah mula dilaksanakan di peringkat pengajian sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi seperti program Ijazah Sarjana Muda Quran Sunnah dengan Kepujian USIM di Darul Quran. Kecemerlangan dalam bidang pendidikan merupakan salah satu matlamat utama setiap pelajar. Usaha yang gigih perlu dilaksanakan bagi memastikan hasrat ini tercapai. Namun, masalah pelajar yang kurang cemerlang dalam pelajaran adalah fenomena biasa dalam dunia pendidikan yang sekaligus merencatkan semangat pelajar untuk belajar, bersaing dan berdaya maju dalam pelajaran. Justeru, peranan hafazan al-Quran boleh menjadi alternatif berkesan dan faktor pemangkin terhadap pencapaian akademik pelajar untuk mencapai sasaran kejayaan tersebut. Oleh yang demikian, objektif utama kajian ini adalah menganalisis hubungan antara hafazan al-Quran dengan pencapaian akademik. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji faktor hafazan sebagai faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik dan mengenalpasti kaedah hafazan al-Quran yang digunakan. Rekabentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini berbentuk kaedah tinjauan yang menggunakan satu set soal selidik yang ditadbir kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Quran Sunnah dengan Kepujian USIM di Darul Quran. Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif dan inferensi dalam menganalisis data yang dikumpulkan. Hasil kajian mendapati hafazan al-Quran menyumbang secara signifikan dan memberi impak yang positif kepada kecemerlangan akademik pelajar berdasarkan nilai korelasi (r=0.615, ρ<0.05) dan nilai regresi (∆R2=0.378). Kajian ini dilihat mampu mengatasi masalah pelajar yang kurang cemerlang dalam akademik namun masih memerlukan pengukuhan terhadap keperluan menjadikan subjek hafazan al-Quran sebagai subjek teras di dalam pembelajaran. Implikasi kajian ini telah merumuskan bahawa mengintegrasikan hafazan al-Quran dengan akademik turut menyumbang kepada kecemerlangan akademik pelajar.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectQur'an -- Memorizing-
dc.subjectQur'an -- Recitation-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleHubungan antara hafazan al-Quran dengan pencapaian akademik pelajar Ijazah Sarjana Muda Quran Sunnah dengan Kepujian USIM di Darul Quran-
dc.typetheses-
dc.format.pages100-
dc.identifier.callnoBP131.5.A53 2018 tesis-
dc.identifier.barcode004188(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_111124+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.51 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.