Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459432
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Muhammad Faisal Ashaari, Dr. | |
dc.contributor.author | Nurul Dalilah Yahaya (P78795) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:57:52Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:57:52Z | - |
dc.date.issued | 2018-06-26 | |
dc.identifier.other | ukmvital:111123 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459432 | - |
dc.description | Kehidupan warga tua terdedah dengan sindrom empty nest yang boleh mengganggu kesejahteraan kehidupan mereka. Masalah ini merupakan salah satu cabaran utama dalam kehidupan mereka kerana faktor kehidupan yang keseorangan dan aktiviti yang semakin berkurangan selepas usia persaraan. Mereka yang tinggal di bandar berpotensi menghadapi masalah ini kerana aktiviti untuk mereka yang mungkin terhad berbanding yang tinggal di kampung. Kesunyian yang tidak terkawal ini boleh menyebabkan kemurungan dan tidak gembira dalam kehidupan. Justeru, apakah kefahaman warga tua tentang kesunyian dan bagaimanakah makna kesunyian berdasarkan kepada pengalaman mereka. Kajian lalu menunjukkan bahawa mereka mempunyai empat keperluan iaitu ibadat, kesihatan, sokongan dan ilmu pengetahuan. Oleh kerana masjid merupakan institusi masyarakat yang hampir dengan kehidupan mereka, bagaimanakah institusi ini boleh memenuhi keperluan mereka? Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mengkategorikan masalah kesunyian dalam kalangan warga tua dan mengkaji makna kesunyian menurut pengalaman mereka. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkategorikan keperluan warga tua bagi menjalani kehidupan yang sejahtera dan seterusnya mengkaji pandangan warga tua tentang peranan masjid bagi memenuhi keperluan mereka. Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan metode kualitatif di mana temu bual separa berstruktur merupakan instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data. Temu bual dilakukan dengan sembilan warga tua yang merupakan peserta kajian. Mereka terdiri daripada lelaki yang dipilih secara bertujuan berumur dalam lingkungan 60 tahun hingga 80 tahun yang selalu berada di masjid. Mereka dari masjid Daerah Petaling; tiga orang dari Masjid Al-Ikhlas Seksyen 3, Shah Alam, tiga orang dari Masjid Seksyen 7 Shah Alam dan tiga orang dari Masjid As-Salam Puchong. Hasil kajian menunjukkan 5/9 peserta kajian menyatakan masalah kesunyian dalam kalangan warga tua sememangnya berlaku serta menjelaskan makna kesunyian sebagai satu perasaan keseorangan dan kemurungan. Walau bagaimanapun, tidak semua makna kesunyian adalah negatif, kerana mereka juga memerlukan masa bersendirian untuk mendapatkan ketenangan dalam hidup mereka. Semua peserta kajian bersetuju bahawa peranan masjid boleh mengurangkan masalah kesunyian dengan memenuhi keperluan warga tua kepada ibadat, keperluan kesihatan, keperluan sokongan dan ilmu pengetahuan. Implikasi dari kajian ini ialah institusi masjid perlu memberikan perhatian kepada keperluan warga tua secara holistik yang boleh membantu mengurangkan masalah kesunyian dalam kalangan mereka.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Aged -- Care -- Moral and ethical aspects -- Selangor | |
dc.subject | Mosques as community centers -- Selangor | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Peranan masjid terhadap masalah kesunyian dan keperluan warga tua di daerah Petaling, Selangor | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 153 | |
dc.identifier.callno | RA777.6.N83 2018 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004187(2018) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_111123+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.53 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.