Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459430
Title: Saadet Partisi (SP) dan Adale t ve Kalkinma Partisi (AKP): perbandingan pendekatan politik Islam di Turki
Authors: Siti Aisyah Mohamad Zin (P68755)
Supervisor: Muhamad Razak Idris, Dr.
Keywords: Islam and politics -- Turkey
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 11-Jul-2018
Description: Pembangunan politik Islam moden tumbuh pesat bermula abad ke-20 hingga kini. Ia antara tindak balas pemikiran Islam terhadap realiti dan cabaran baru yang dihadapi dunia Islam selepas dikuasai penjajahan Eropah dan pengaruh ketamadunan moden Barat. Di Turki, kejatuhan Daulah Uthmaniyyah membuka ruang kepada dasar sekularisasi yang dikembangkan pemerintahan Mustafa Kemal Atartuk. Dasar ini memberi kesan besar kepada kehidupan masyarakat Muslim Turki dan mencetuskan kelahiran dan pertumbuhan politik Islam di Turki. Kajian ini bertujuan mengkaji peranan, persamaan dan perbezaan dua parti yang mewakili politik Islam di Turki hari ini iaitu Saadet Partisi (SP) dan Parti Adale t ve Kalkinma Partisi (AKP) dari sudut pendekatan dalam mendepani cabaran sekularisasi di Turki serta cabarannya pada masa akan datang. Kajian ini berbentuk analisis kandungan yang menggunakan pendekatan kaedah analisis dokumen dalam proses pengumpulan data. Data-data yang dikumpulkan dianalisis melalui pendekatan deskriptif dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat persamaan antara SP dan AKP dari segi dasar yang berkaitan dengan usaha memajukan rakyat dan negara. Kedua-dua parti masih menekankan aspek kebajikan dan janji menyediakan kerajaan bersih daripada amalan rasuah. Perkara yang membezakan antara kedua-dua parti ini adalah berkaitan dengan pendekatan terbaik bagi mengelakkan konflik dengan kumpulan sekular di Turki. Perbezaan yang ketara antara kedua-dua parti ialah dari segi imej keagamaan di mana SP menekankan dan mempamerkan identiti keislaman berbanding AKP yang ditanggapi berimej liberal dan pro Barat. Cabaran besar kedua-dua parti di masa hadapan adalah dalam mendapatkan sokongan rakyat menyeluruh dan menangani golongan beraliran sekular dari kalangan masyarakat dan tentera. Hasil kajian juga memberi implikasi iaitu pemikiran politik Islam di Turki dinamik dan berkembang sejajar dengan pergerakan masa. Kemajuan dan kelemahan pengalaman politik Islam di Turki boleh menjadi asas kepada pembangunan pemikiran politik Islam keseluruhannya ke arah empertingkatkan peranan agama dalam pembangunan negara dan rakyat.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 93
Call Number: BP173.7.S56 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_111119+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.25 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.