Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459429
Title: Kaedah penterjemahan hadis dalam cUmdat al-Muhtajin
Authors: Nurul Wardah Nazifah Razali (P83638)
Supervisor: Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Dr.
Keywords: Hadith -- Translating and Interpreting
Hadith -- Authorities
Sufism -- Malay
Archipelago
Faith (Islam)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-Aug-2018
Description: Tradisi penterjemahan karya Islam berbahasa Arab giat dijalankan di Alam Melayu sejak abad ke-16 lagi. Dalam menghasilkan terjemahan teks agama, terdapat beberapa syarat khusus perlu diikuti oleh penterjemah bagi menghasilkan terjemahan yang tepat. Terdapat pandangan mengatakan bahawa ulama zaman silam lebih cenderung menghasilkan karya terjemahan secara harfiah. Namun, perterjemahan secara harfiah dikatakan menjadi salah satu faktor yang menyukarkan pembaca untuk memahami maksud sebenar sesuatu Hadis. Bertitik tolak daripada pandangan tersebut, cUmdat al-Muhtajin dijadikan korpus kajian untuk mengenal pasti kaedah terjemahan Hadis yang digunakan oleh Shaykh Abdul Rauf al-Singkili ketika menulis karya ini pada abad ke-17. Kajian ini juga bertujuan menentukan kaedah penterjemahan istilah di samping menyemak ketepatan kaedah terjemahan Hadis yang digunakan berdasarkan syarat-syarat terjemahan Hadis yang dikemukakan oleh Khairul Amin dan Mohd Norzi. Bagi mencapai objektif kajian tersebut, kajian dijalankan melalui metode komparatif dan juga deskriptif. Kajian mendapati bahawa Shaykh Abdul Rauf al-Singkili lebih cenderung menterjemahkan Hadis dalam Umdat al-Muhtajin secara harfiah. Kaedah penterjemahan istilah yang paling kerap digunakan pula adalah secara peminjaman dengan kaedah penggantian. Manakala dari sudut ketepatan pula, hasil terjemahan Hadis dalam Umdat al-Muhtajin adalah bertepatan dengan majoriti syarat terjemahan Hadis yang dikemukakan oleh Khairul Amin dan Mohd Norzi. Melalui kajian ini, pembaca dapat melihat dan membandingkan terjemahan Hadis yang dihasilkan pada zaman silam dan terjemahan Hadis yang dihasilkan pada zaman yang lebih moden. Pembaca juga dapat melihat bagaimana pemilihan istilah dan kaedah yang tepat dapat mempengaruhi sesuatu terjemahan Hadis. Penggunaan kaedah terjemahan dan pemilihan padanan istilah yang tepat dapat meningkatkan kualiti sesuatu terjemahan Hadis.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 223
Call Number: BP136.3.N83 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_111118+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.58 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.