Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459428
Title: | Pembinaan pendakwah saudara Muslim Cina: satu kajian di Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Pusat |
Authors: | Wan Syolehah Wan Muhammad (P68739) |
Supervisor: | Ghaffar Don, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Muslim converts Da'wah (Islam) Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 17-Jan-2018 |
Description: | Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) atau Persatuan Cina Muslim Malaysia dilihat berupaya melahirkan pendakwah Saudara Muslim Cina yang memiliki sahsiah diri yang baik. Penerapan sahsiah diri melalui elemen kerohanian yang sejahtera perlu dititikberatkan untuk melahirkan pendakwah Saudara Muslim Cina. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji elemen penting yang dikehendaki dalam penerapan sahsiah diri terhadap pembinaan pendakwah Saudara Muslim Cina di MACMA. Kajian juga bertujuan untuk mengenal pasti pelaksanaan aktiviti dakwah di MACMA. Seterusnya menganalisis peranan utama pendakwah Saudara Muslim Cina serta mengkaji cabaran yang dihadapi oleh MACMA. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Kajian ini dijalankan di MACMA Petaling Jaya, Selangor yang menyelaras 18 cawangan MACMA di seluruh Malaysia. Seramai 6 informan dipilih menggunakan pensampelan bertujuan. Data kajian dikumpul melalui temu bual separa berstruktur dan dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan terdapat beberapa elemen penting yang dapat diterapkan seperti keikhlasan, berani, sabar, jujur, berakhlak mulia, berilmu dan penjagaan akidah. Hasil kajian mendapati pelbagai program dan aktiviti telah dijalankan dan perlu diiringi dengan komitmen yang tinggi. Kajian menunjukkan mereka berperanan untuk sebar dan kenalkan Islam, menjadi penghubung kepada non-Muslim, tanpa meninggalkan adat resam dan budaya bangsa Cina, menjaga pembangunan kerohanian, keimanan dan ketakwaan dan menguasai bahasa utama iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin. Walau bagaimanapun, wujudnya pelbagai cabaran yang mengekang usaha dakwah di kalangan mereka seperti masalah komunikasi, kewangan, individu, penerimaan masyarakat luar, perubahan waktu, serta kekurangan kakitangan. Implikasi kajian ini menunjukkan, MACMA telah berjaya melahirkan pendakwah Saudara Muslim Cina yang berkualiti dan berjaya membentuk sahsiah diri yang cemerlang. Kajian ini juga dilihat dapat memberi sumbangan baharu terhadap bidang penyelidikan dakwah di Malaysia.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 136 |
Call Number: | BP170.85.W33 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_111116+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.42 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.