Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459426
Title: Tahap motivasi pelajar sekolah menengah di Kuching, Sarawak dalam mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa asing
Authors: Syarifah Wirdah Al-Hassan Wan Muhamad Nasir (P68768)
Supervisor: Kaseh Abu Bakar, Prof. Madya Dr.
Keywords: Arabic language -- Study and teaching (Elementary) -- Malaysia
Motivation in education
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Mar-2018
Description: Motivasi merupakan faktor utama yang mempengaruhi pelajar dalam mempelajari bahasa Arab. Motivasi untuk pembelajaran bahasa merangkumi bukan sahaja orientasi matlamat pembelajaran namun termasuk usaha, keinginan untuk mencapai matlamat pembelajaran dan sikap terhadap pembelajaran bahasa. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, mentaksir kemampuan instrumen dalam membezakan tahap motivasi pelajar bahasa Arab, mengkaji hieraki item tentang manifestasi motivasi dan mengenal pasti tahap motivasi pelajar bahasa Arab. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan yang dilakukan kepada 209 orang pelajar bahasa Arab tingkatan dua dan empat di dua buah sekolah menengah daerah Kuching, Sarawak. Responden ini dipilih menggunakan persampelan kebarangkalian iaitu persampelan rawak mudah. Konstruk instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan konstruk Attitude/Motivation Test Battery (AMTB) oleh Gardner dan diubah suai mengikut konteks tempatan. Instrumen ini mempunyai 79 item yang menggunakan skala likert. Model Rasch digunakan bagi menganalisis data yang diperolehi melalui perisian Winstep 3.72. Hasil kajian menunjukkan nilai Cronbach-alpha adalah 0.96. Manakala nilai kebolehpercayaan responden yang diperolehi adalah 0.94 dan nilai kebolehpercayaan item adalah 0.99. Instrumen ini juga berjaya mengasingkan responden kepada empat tahap dan item kepada sembilan tahap. Kajian menunjukkan bahawa dalam hieraki item, terdapat item yang mempunyai ukuran yang tinggi kerana item tersebut merupakan item yang sukar dipersetujui oleh responden dan terdapat juga item yang mempunyai ukuran yang rendah dan ini menunjukkan bahawa item tersebut mudah dipersetujui oleh responden. Motivasi pelajar berada di tahap yang memuaskan kerana kebanyakan pelajar melebihi min ukuran motivasi. Kajian ini menunjukkan bahawa tahap motivasi pelajar boleh diukur dengan menggunakan Model Rasch. Hasil kajian ini penting dalam memberi panduan kepada kajian akan datang dalam motivasi pembelajaran bahasa asing untuk menambah baik konstruk pengukuran yang digunakan dan mendapatkan hasil kajian yang lebih tepat.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 92
Call Number: PJ6065.S93 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_111114+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.27 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.