Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459425
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Latifah Abdul Majid, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Nur Izzati Zahari (P73432) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:57:32Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:57:32Z | - |
dc.date.issued | 2018-04-04 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:111113 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459425 | - |
dc.description | Takhrij hadith merupakan satu ilmu dalam mengenalpasti tahap kesahihan sesuatu hadith. Ia sewajarnya dititikberatkan bagi sesiapa yang terlibat secara langsung dengan hadith Nabi SAW. Namun, didapati telah berlaku pengabaian tersebut khususnya dalam kalangan para mahasiswa pengajian Islam yang menjadikan hadith-hadith sebagai dalil penghujahan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan calon pascasiswazah terhadap ilmu takhrij hadith. Kajian turut dilakukan bagi mengenalpasti faktor pendorong calon pascasiswazah terhadap pengaplikasian takhrij hadith. Di samping itu, kajian juga menganalisis tahap pengaplikasian penulisan takhrij hadith dalam kalangan calon pascasiswazah. Malah, kajian turut menganalisis perbezaan tahap pengaplikasian penulisan takhrij hadith berdasarkan jabatan. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Data kajian dikumpul melalui pengedaran instrumen soal selidik dan dianalisis melalui perisian SPSS 22. Dua jenis data statistik yang digunakan iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi jenis ANOVA Sehala. Seramai 278 orang calon Pascasiswazah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia telah dipilih sebagai responden kajian melalui persampelan berstrata. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan calon pascasiswazah terhadap ilmu takhrij hadith adalah sederhana tinggi (min=3.86). Manakala berkenaan faktor pendorong kepada pengaplikasian takhrij hadith didapati bahawa faktor minat memperolehi skor min tertinggi (min=4.11) berbanding faktor sikap dan motivasi. Tahap pengaplikasian penulisan takhrij hadith pula berada pada tahap sederhana tinggi iaitu min=3.24. Seterusnya, hasil kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap pengaplikasian penulisan takhrij hadith berdasarkan jabatan. Justeru, implikasi kajian ini dapat memberi manfaat dalam memantapkan lagi pengetahuan, faktor pendorong serta pengaplikasian penulisan takhrij hadith di peringkat universiti khususnya yang mampu memberi impak dalam melahirkan mahasiswa yang berdisipilin terhadap autoritatif hadith-hadith agar terus terpelihara.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Hadith -- Authorities | - |
dc.subject | Hadith -- Evidences, authority, etc. | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Tahap pengaplikasian penulisan takhrij hadith dalam kalangan calon pascasiswazah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 115 | - |
dc.identifier.callno | BP136.4.N83 2018 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 004181(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_111113+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 12.59 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.