Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459424
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhmad Munawar Ismail, Prof. Madya. Dr.
dc.contributor.authorMuhammad Faliq Abdul Rahman (P78183)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:57:29Z-
dc.date.available2023-09-13T07:57:29Z-
dc.date.issued2018-08-06
dc.identifier.otherukmvital:111112
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459424-
dc.descriptionAkidah merupakan elemen penting yang perlu diberi perhatian oleh setiap orang Islam. Akidah adalah benteng dalam diri seorang muslim kerana tanpa kefahaman akidah yang kukuh akan menyebabkan umat Islam terumbang ambing, tidak mengetahui asas-asas kepada keimanan Islam serta tidak dapat membentuk penghayatan akhlak yang baik. Daripada itu, dalam bacaan solat mengandungi terma-terma akidah sama ada secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu, dalam kajian ini, pengkaji akan membincangkan tentang kefahaman pelajar tentang elemen akidah dalam bacaan asas solat. Selain itu, kajian ini juga cuba mengenalpasti hubungan antara kefahaman akidah dengan sumbangannya terhadap penghayatan akhlak pelajar. Sampel kajian terdiri daripada 120 orang pelajar tingkatan 4 yang dipilih secara rawak daripada 3 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Perak. Data-data telah dikumpulkan menggunakan satu set intrumen soal selidik dan temubual separa berstruktur turut digunakan bagi memperoleh data-data triangulasi. Data dianalisis dalam bentuk statistik deksriptif dan inferensi mengunakan perisian SPSS for Windows Version 22.0 iaitu min, kekerapan, peratus, sisihan piawai dan korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati min tahap kefahaman akidah pelajar terhadap elemen akidah dalam bacaan solat berada pada tahap yang tinggi iaitu (min=4.93). Analisis korelasi Pearson mendapati adanya hubungan yang signifikan terhadap kefahaman akidah pelajar dalam bacaan solat dengan penghayatan akhlak pelajar (r=0.319). Secara keseluruhan, dapatan kajian ini diharap dapat memberi manfaat kepada pihak berwajib dan masyarakat amnya dalam mengetahui tahap kefahaman akidah pelajar di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga boleh dijadikan sebagai nilai tambah ilmu bagi membentuk generasi yang faham bacaan solat dengan memahami elemen akidah bagi mencapai solat yang sempurna.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectPrayer -- Islam -- Qur'anic teaching
dc.subjectPrayer -- Islam
dc.subjectPillars of Islam
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKefahaman elemen-elemen akidah dalam bacaan asas solat dan sumbangannya terhadap penghayatan akhlak penuntut-penuntut SMKA di Perak
dc.typetheses
dc.format.pages115
dc.identifier.callnoBP184.3.M45 2018 tesis
dc.identifier.barcode004180(2018)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_111112+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.61 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.