Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459423
Title: Pemikiran Islam progresif menurut Sa'diyya Shaikh (1969)
Authors: Siti Nurul Atiqah Mohd Nawawi (P73388)
Supervisor: Indriaty Ismail, Dr.
Keywords: Liberalism -- Religious aspects -- Islam
Islam modernism
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Jul-2018
Description: Era globalisasi memperlihatkan kemunculan pelbagai aliran pemikiran semasa dalam Islam. Antaranya adalah pemikiran Islam Progresif yang dikatakan muncul bagi menangani masalah yang dihadapi umat Islam. Salah seorang tokoh yang menyuarakan perlunya reformasi dalam pemikiran Islam ini adalah Sa'diyya Shaikh (1969), seorang Profesor dalam Bidang Pengajian Agama di Universiti Cape Town, South Afrika Selatan. Beliau mempunyai keunikan tersendiri dalam menangani isu-isu semasa. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji dan meneliti Islam Progresif dari segi persejarahan, faktor-faktor kemunculan, matlamat dan ciri-ciri pemikirannya. Kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti latar belakang Sa'diyya Shaikh dan pemikiran Islam Progresif beliau. Seterusnya, kajian ini menganalisis idea Islam Progresif Sa'diyya Shaikh berdasarkan perspektif Islam. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis dokumen, yang kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah deskriptif. Hasil kajian mendapati Islam Progresif merupakan fahaman yang menggambarkan tuntutan kepada kemajuan intelektual Muslim bagi menjawab permasalahan umat Islam kontemporari. Sa'diyya Shaikh tidak menjelaskan pandangannya mengenai Islam Progresif secara khusus, namun ciri-ciri progresif Shaikh wujud dalam perbincangan beliau mengenai keadilan gender, isu-isu feminisme dan metode yang beliau gunakan. Keunikan yang ditemui dalam pemikiran Sa'diyya Shaikh ialah keadilan gender boleh dicapai melalui implementasi tasawuf Ibnu 'Arabi sebagai sumber untuk menggubal undang-undang Islam. Implikasi kajian ini adalah dapat menjelaskan pemikiran progresif kepada masyarakat umum, mengemukakan ruang perbahasan ilmiah yang lebih luas kepada pengkaji-pengkaji mengenai ideologi progresif Sa'diyya Shaikh serta membantu pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri dan agensi kerajaan yang lain dalam meneliti ancaman fahaman progresif yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 143
Call Number: BP166.14.M64S56 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_111109+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.