Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459420
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSalasiah Hanin Hamjah, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorSiti Nazratul Ain Mohd Arifin (P81298)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:57:17Z-
dc.date.available2023-09-13T07:57:17Z-
dc.date.issued2018-09-07
dc.identifier.otherukmvital:111073
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459420-
dc.descriptionSetiap manusia pastinya berhadapan dengan pelbagai masalah dalam kehidupan. Oleh yang demikian, peranan kaunselor amatlah besar dalam membantu masyarakat mengatasi masalah yang dihadapi. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji pendekatan kaunseling yang digunakan oleh kaunselor MRSM, mengkaji aplikasi tazkiyat al-nafs dalam kaunseling di kalangan kaunselor MRSM dan menganalisis kesan positif aplikasi tazkiyat al-nafs dalam kaunseling yang dipraktik oleh kaunselor MRSM kepada klien. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik seramai 58 orang responden dalam kalangan kaunselor MRSM yang telah dipilih secara bertujuan (purposive). Data dianalisis dengan teknik statistik deskriptif menggunakan SPSS version 23. Dapatan kajian menunjukkan pendekatan kaunseling yang digunakan oleh kebanyakan kaunselor MRSM di Malaysia ialah pendekatan kaunseling Islam. Kajian juga mendapati kaunselor MRSM di Malaysia ada mengaplikasikan pendekatan tazkiyat al-nafs menerusi mujahadat al-nafs dengan membantu klien mengawal perasaan bimbang dengan tidak mudah berputus asa dan meletakkan sepenuh harapan kepada Allah (min=3.31), mengawal tekanan (stress) dengan mempertingkatkan kebergantungan kepada Allah dalam menghadapi masalah hidup (min=3.27) dan mengawal emosi sedih dan kecewa dengan yakin akan ganjaran pahala di atas kesabarannya menempuh kekecewaan tersebut (min=3.22). Manakala menerusi riyadat al-nafs pula yang terbahagi kepada tiga iaitu dari sudut kekuatan iman, ibadah dan akhlak dengan mengingatkan klien bahawa Allah sebagai sumber pertolongan dan ketenangan (min=3.58), Allah sebagai sumber kekuatan dan penyelesai masalah (min=3.5), sentiasa berdoa selepas solat dan tanpa mengira tempat (min=3.37), takut melakukan perkara yang dilarang agama (min=3.37), mengamalkan ilmu agama yang dipelajari (min=3.32), sentiasa mendekatkan diri kepada Allah (min=3.51), ikhlas membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan (min=3.44), mengasihi diri dan orang-orang sekeliling (min=3.43). Hasil kajian juga mendapati terdapat kesan positif terhadap aplikasi tazkiyat al-nafs iaitu klien sudah yakin bahawa setiap ujian yang dihadapi mempunyai hikmah dan untuk menguji keimanan (min=3.36), setiap masalah yang dihadapi berpunca daripada dirinya sendiri (min=3.36) serta dapat diselesaikan dengan izin Allah (min=3.32). Secara keseluruhan, aplikasi tazkiyat al-nafs dalam kaunseling memberi implikasi kepada kaunselor di Malaysia khususnya dalam membantu masyarakat menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectCounselling -- Religious aspects -- Islam
dc.subjectReligious life -- Islam
dc.subjectSufism
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleAplikasi tazkiyat al-nafs dalam kaunseling di Maktab Rendah Sains Mara
dc.typetheses
dc.format.pages135
dc.identifier.callnoBP190.5.C68S56 2018 tesis
dc.identifier.barcode004142(2018)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_111073+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.85 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.