Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459419
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFadlan Mohd Othman, Dr.-
dc.contributor.authorSuhaibah Adenan (P77220)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:57:14Z-
dc.date.available2023-09-13T07:57:14Z-
dc.date.issued2018-01-17-
dc.identifier.otherukmvital:108853-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459419-
dc.descriptionDewasa kini, sering tersiar berita mengenai masalah keruntuhan rumahtangga dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia. Salah satu punca adalah kerana suami isteri jauh dari nilai-nilai Islam dan tidak berpegang kepada al-Quran dan Hadis terutamanya dalam perkara tanggungjawab masing-masing. Malangnya apabila pasangan suami isteri mula cenderung untuk menjadikan hadis sebagai panduan dalam kehidupan, mereka terpengaruh dengan hadis masyhur yang banyak tersebar melalui media sosial dan kebanyakannya terdiri daripada hadis ḍaᶜīf dan mawḍūᶜ. Seharusnya masyarakat perlu didedahkan dengan hadis ṣaḥīḥ dan ḥasan sebagai solusinya untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk merungkai tanggungjawab suami isteri menurut al-Quran dan Hadis, kemudian mengenalpasti sumber asal dan kedudukan hadis masyhur yang tersebar dalam masyarakat berkaitan dengan tanggungjawab suami isteri terhadap keluarga. Seterusnya mengemukakan hadis ṣaḥīḥ dan ḥasan sebagai solusinya. Kajian ini merupakan kajian kualitatif, menggunakan reka bentuk analisis kandungan di mana proses pengumpulan data dilakukan melalui kaedah analisis dokumen, analisis kandungan dan sumber internet. Sebanyak 40 sampel hadis mengenai kekeluargaan dikumpulkan daripada pelbagai sumber. Manakala proses penganalisisan data dilakukan melalui pendekatan deskriptif dan tematik. Hasil mendapati bahawa tanggungjawab suami isteri dapat dibahagikan kepada beberapa subtema iaitu tanggungjawab terhadap sesama pasangan, terhadap ibu bapa dan mertua, anak-anak serta kerabat. Manakala daripada 40 hadis yang dikumpulkan pula, sebanyak 17 hadis berstatus mawḍūᶜ, 7 hadis ḍaīf, 3 hadis ḥasan dan 3 hadis ṣaḥīḥ, 1 hadis lā aṣla lah dan 9 hadis yang tidak ditemui matannya. Maka jelas kajian ini memberi implikasi penting kepada masyarakat supaya mengenali hadis mawḍū dan ḍaīf berkaitan dengan institusi kekeluargaan, seterusnya mencegah daripada mengamalkan hadis tersebut dalam kehidupan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMarriage (Islamic law)-
dc.subjectDomestic relations (Islamic law)-
dc.subjectHadith -- Commentaries-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleHadis masyhur mengenai tanggungjawab suami isteri terhadap keluarga dalam masyarakat Melayu takhrīj dan solusi-
dc.typetheses-
dc.format.pages153-
dc.identifier.callnoBP158.D6S56 2018 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108853+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.15 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.