Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459418
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFarid Mat Zain, Dr.
dc.contributor.authorNoor Intan Ismail (P69906)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:57:11Z-
dc.date.available2023-09-13T07:57:11Z-
dc.date.issued2018-09-05
dc.identifier.otherukmvital:108852
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459418-
dc.descriptionHaji Wan Musa bin Haji Abdul Samad telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada masyarakat dalam usaha membangunkan Islam di Negeri Kelantan. Kegiatan pembangunan dan islah di Negeri Kelantan bermula di sekitar aktiviti seorang tokoh agama yang alim serta radikal iaitu Haji Wan Musa bin Abdul Samad. Haji Wan Musa dikatakan mempunyai konsep agama yang berlainan dari pandangan agama kebanyakan guru-guru agama serta ulama-ulama tradisional di Kelantan. Kelainan Haji Wan Musa ini terletak kepada pendekatan dan cara beliau melihat bagaimana prinsip-prinsip agama Islam itu patut disampaikan kepada orang ramai. Berlainan dari ulama-ulama yang hidup sezaman dengannya di Kota Baharu, beliau sentiasa membuka fikirannya menerima dan mengadaptasi pendekatan baru dalam menghuraikan dan mencerakinkan masalah-masalah agama yang timbul waktu itu. Objektif kajian ini adalah seperti berikut, menulis semula biografi Haji Wan Musa bin Abdul Samad, menganalisis pemikiran Haji Wan Musa bin Haji Abdul Samad dalam perkembangan Islam di Kelantan dan menilai peranan Surau Haji Wan Musa bin Haji Abdul Samad dalam memperkembangkan pemikiran membangunkan Islam di Negeri Kelantan. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap bahan berkaitan dengan tokoh yang dikaji yang diperolehi melalui perpustakaan yang terpilih dan juga menemubual beberapa orang tokoh berkaitan dengan tokoh yang dikaji. Hasil kajian mendapati bahawa Haji Wan Musa bin Haji Abdul Samad merupakan seorang tokoh ulama yang dianggap sebagai tokoh ulama yang membawa pembaharuan dalam perkembangan Islam di Negeri Kelantan. Beliau merupakan tokoh ulama yang amat disegani dan dihormati oleh masyarakat setempat di waktu itu. Dalam perkembangan Islam di Negeri Kelantan tidak dinafikan beliau memainkan peranan yang besar dalam kemajuan dan perkembangan Islam Khususnya di Negeri Kelantan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectUlama -- Kelantan -- Biography -- Juvenile literature
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKesan pemikiran Haji Wan Musa bin Haji Abdul Samad di Kelantan
dc.typetheses
dc.format.pages86
dc.identifier.callnoBP80.W57N63 2018 tesis
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108852+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.49 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.