Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459414
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd. Al-Adib Samuri, Dr.
dc.contributor.authorMashitoh Mohamad Hashim (P78722)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:57:00Z-
dc.date.available2023-09-13T07:57:00Z-
dc.date.issued2017-12-18
dc.identifier.otherukmvital:108849
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459414-
dc.descriptionMenurut Perlembagaan Persekutuan, Raja merupakan Ketua Agama Islam bagi negerinya seperti yang dinyatakan dalam Perkara 3 dan kuasa Raja tertakluk kepada konsep Raja Berperlembagaan dan doktrin pengasingan kuasa yang termaktub dalam Perlembagaan. Namun, tindakan Raja yang mengurangkan hukuman bagi kes-kes terpencil terhadap kesalahan jenayah Syariah dianggap proses pengasingan kuasa tidak dijalankan sepenuhnya dalam mahkamah Syariah. Oleh hal yang demikian, kajian ini dilakukan untuk menganalisis kuasa Raja dan konsep pengasingan kuasa dalam Islam dan amalannya di Malaysia. Selain itu, kajian ini dilakukan untuk mengkaji sejauh mana Raja boleh menggunakan kuasanya dalam kehakiman Islam di Malaysia. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis kuasa Raja terhadap kebebasan kehakiman Islam di Malaysia daripada perspektif Ketua Hakim Syarie dan Pegawai Mahkamah Syariah. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kes dengan menggunakan pendekatan analisis dokumen dan temu bual mendalam separa struktur terhadap empat orang Ketua Hakim Syarie, seorang Pendaftar dan seorang Pegawai Penyelidik Ketua Hakim Syarie di lima buah negeri di Malaysia. Kesemua data temu bual ditranskripsikan secara verbatim dan dianalisis menggunakan pendekatan analisis tematik dan deskriptif. Hasil kajian mendapati para partisipan bersetuju bahawa wujud peruntukan undang-undang yang jelas tentang prinsip pengasingan kuasa dalam konteks kehakiman Islam di Malaysia. Selain itu, kajian mendapati Raja sebagai Ketua Agama Islam mempunyai kuasa yang jelas dalam sistem kehakiman Islam di Malaysia seperti melantik dan memecat hakim, dan mengurangkan hukuman bagi keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah Syariah. Kajian juga mendapati Raja tidak akan mencampuri urusan pentadbiran keadilan di mahkamah Syariah di Malaysia kecuali jika dibenarkan oleh undang-undang dan demi maslahah ummah. Kajian ini penting bagi menjelaskan konsep Raja Berperlembagaan dan pengasingan kuasa dalam konteks pentadbiran keadilan Islam di mahkamah Syariah di negeri-negeri di Malaysia dilaksanakan mengikut kerangka Perlembagaan Persekutuan Malaysia.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectIslamic courts -- Malaysia
dc.subjectJustice
dc.subjectAdministration of (Islamic law) -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKuasa Raja terhadap mahkamah Syariah di Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages146
dc.identifier.callnoBP158.J87M36 2017 tesis
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108849+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.26 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.