Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459413
Title: Aplikasi maqāṣid al-shariah dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984
Authors: Wan Siti Norjannah W Sulong (P73316 )
Supervisor: Abdul Basir Mohammad, Prof. Dr.
Keywords: Cosmetics -- Religious aspects -- Islam
Cosmetics -- Law and legislation -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 4-Apr-2018
Description: Pengeluaran produk kosmetik berkembang pesat seiring dengan perkembangan semasa. Oleh itu, penggunaan kosmetik berleluasa dalam kalangan masyarakat sama ada daripada golongan muda mahupun yang berusia. Maka, terdapat satu perundangan produk kosmetik iaitu Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang dikuatkuasakan untuk mengawal semua produk kosmetik di Malaysia. Namun, jika dilihat daripada sudut maqāṣid al-shariah, apakah peraturan ini menepati maqāṣid al-shariah mengikut tingkatan keperluan seperti ḍarūriyyāt, hājiyyāt dan taḥsiniyyātbagi menjamin keselamatan masyarakat dan memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Oleh yang demikian, objektif kajian ini bertujuan untuk mengkaji maqāṣid al-shariah dalam dadah dan kosmetik seterusnya mengkaji kes-kes produk kosmetik yang terdapat dalam peraturan serta menganalisis maqāṣid al-shariah dalam peraturan produk kosmetik. Metode kajian ini merupakan kaedah kualitatif dengan menggunakan metode pengumpulan data dan analisis data yang memfokuskan kepada peraturan kosmetik. Metode pengumpulan data dilakukan melalui penyelidikan perpustakaan dan temu bual separa struktur. Penyelidikan kepustakaan dilakukan melalui analisis dokumen, buku dan artikel berdasarkan metode deskriptif. Hasil kajian mendapati penguatkuasaan peraturan menepati maqāṣid al-shariah serta berlakunya kes-kes produk kosmetik yang bertentangan didapati dituntut di bawah peraturan. Di samping itu, hasil kajian juga didapati bahawasanya Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 menepati konsep ḍarūriyyāt, hājiyyāt dan taḥsiniyyāt dalam maqāṣid al-shariah dari sudut pemeliharaan terhadap lima kepentingan asas (al-ḍarūriyyāh al-khams) iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Kajian ini memberi implikasi kepada pengusaha dan pengeluar produk kosmetik. Mereka wajib mematuhi peraturan ini kerana ia dikuatkuasakan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan masyarakat bertepatan dengan prinsip Islam yang mementingkan kesejahteraan masyarakat umum.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 134
Call Number: BP158.C6777W33 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108848+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
8.27 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.