Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459410
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ahamad Asmadi Sakat, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Hafizah Mohd Nor (P78713) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:56:48Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:56:48Z | - |
dc.date.issued | 2017-11-30 | |
dc.identifier.other | ukmvital:108845 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459410 | - |
dc.description | Pendidikan solat merupakan satu sukatan pelajaran dalam Kurikulum Pendidikan Islam berasaskan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Pelbagai pendekatan dilaksanakan dalam pendidikan solat bagi memastikan pelajar dapat menunaikan amalan solat fardhu dengan istiqamah dan sempurna. Namun, ramai pelajar sekolah menengah didapati masih mengabaikan amalan solat fardhu walaupun mereka telah diajar tentangnya semenjak di sekolah rendah. Dalam konteks SMK Tinggi Melaka pelajar tidak menunjukkan minat untuk menunaikan solat semasa amali solat fardhu Zuhur. Mereka didapati ponteng, hadir lewat dan malas untuk melaksanakan amali solat yang diperuntukkan dalam jadual waktu rasmi sekolah. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan pendekatan pendidikan solat KBSM yang dilaksanakan di SMK Tinggi Melaka, mengkaji strategi pendekatan pendidikan solat Guru Pendidikan Islam dan membuktikan kesan dan manfaat amalan solat fardhu terhadap pembangunan rohani, emosi, jasmani dan intelek pelajar. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Data diperolehi melalui temubual, pemerhatian dan analisis dokumen. Persampelan yang digunakan adalah persampelan bertujuan dan dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati pendekatan pendidikan solat di SMK Tinggi Melaka yang utama adalah melalui amali solat fardhu Zuhur di surau seminggu sekali. Guru Pendidikan Islam didapati menggunakan strategi pendekatan rotan, teguran dan nasihat serta soal selidik dalam mendidik amalan solat fardhu pelajar secara berterusan. Terdapat perbezaan dari aspek rohani, emosi, jasmani dan intelek antara pelajar yang melaksanakan amalan solat fardhu dengan istiqamah dan sempurna berbanding pelajar yang mengabaikannya. Kajian membuktikan bahawa amalan solat fardhu dalam kalangan pelajar SMK Tinggi Melaka didapati masih tidak memuaskan justeru menyumbang kepada rohani, emosi, jasmani dan intelek yang tidak holistik. Oleh itu, pihak pentadbiran dan Guru Pendidikan Islam SMK Tinggi Melaka perlu memperkasakan pendidikan solat di sekolah supaya ia dilihat sama penting dan hebat dengan sukatan pelajaran yang lain. Ini amat perlu kerana amalan solat fardhu merupakan wasilah utama untuk melahirkan pelajar yang mempunyai rohani, emosi, jasmani dan intelek yang holistik dan menyedari tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah s.w.t. yang beriman dan bertakwa.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Prayers -- Islam | |
dc.subject | Islam -- Prayer-books and devotions | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pendekatan pendidikan solat berasaskan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 164 | |
dc.identifier.callno | BP178.H33 2018 tesis | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_108845+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.47 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.