Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459408
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Zamro Muda, Dr.
dc.contributor.authorNajibah Mustaffa (GP01681)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:56:42Z-
dc.date.available2023-09-13T07:56:42Z-
dc.date.issued2016-09-23
dc.identifier.otherukmvital:108843
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459408-
dc.descriptionWakaf pendidikan sudah lama diamalkan di Malaysia dengan wujudnya institusi pendidikan berbentuk tradisi seperti pondok, madrasah, sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri. Penubuhan IIUM Endowment Fund (IEF) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1999 menjadikannya institusi pengajian tinggi (IPT) pertama di Malaysia yang ditubuhkan berasaskan wakaf pendidikan. Beberapa buah IPT lain turut mengambil langkah menubuhkan tabung wakaf pendidikan masing-masing. Perkembangan yang sihat ini menampakkan betapa wakaf memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan sektor pendidikan. Justeru, pengurusan IPT wakaf perlu dilakukan secara sistematik dan berkesan supaya ianya terus berkembang dan memberi manfaat kepada masyarakat terutama daripada aspek dana yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan sesebuah institusi wakaf. Kajian ini mengkaji sejarah perkembangan wakaf pendidikan di Malaysia dan menganalisis metod dan strategi pengurusan dana wakaf yang dilakukan oleh UIAM, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Seterusnya objektif kajian ini adalah untuk merangka garis panduan pengurusan dana ke arah pemantapan pelaksanaan wakaf pendidikan di institusi pengajian tinggi. Rekabentuk kajian ini adalah berbentuk kualitatif yang menggunakan metod analisis kandungan dan analisis perbandingan. Pengumpulan data dibuat melalui bahan rujukan dan dokumen serta temubual bersama individu berkaitan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengurusan dana wakaf pendidikan UIAM lebih sistematik, berkesan dan menonjol berbanding UKM dan UPM daripada aspek jumlah dana terkumpul dan penerima manfaat wakaf yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pengurusan dana wakaf UIAM wajar dijadikan contoh dan model kepada IPT lain dan menjadikan wakaf tunai sebagai instrumen penjanaan dana wakaf yang berpotensi. Garis panduan pengurusan dikemukakan sebagai panduan kepada IPT yang baru menubuhkan tabung wakaf pendidikan dan bagi tujuan penambahbaikan pengurusan bagi IPT sedia ada. Dengan adanya kajian ini, pihak yang ingin mewujudkan tabung wakaf pendidikan di IPT perlu mengambil perhatian terhadap perkara yang dikemukakan agar kewujudan IPT wakaf di Malaysia terus siginifikan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectWaqf -- Malaysia -- Management
dc.subjectEducational fund raising -- Malaysia
dc.subjectWaqf -- Research -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengurusan dana wakaf pendidikan di Malaysia: kajian di institusi pengajian tinggi
dc.typetheses
dc.format.pages207
dc.identifier.callnoBP170.25.N33 2018 tesis
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108843+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.29 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.