Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459407
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZul'Azmi Yaakob, Dr.
dc.contributor.authorIrham Salaeh (P70917)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:56:40Z-
dc.date.available2023-09-13T07:56:40Z-
dc.date.issued2018-02-05
dc.identifier.otherukmvital:108842
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459407-
dc.descriptionKemajuan sains dan teknologi komunikasi yang berlaku seluruh dunia banyak mempengaruhi cara hidup, pergaulan dan hubungan interaksi golongan remaja termasuklah remaja Muslim di Selatan Thailand. Ia juga merupakan satu cabaran besar dalam pembangunan insaniah apabila tahap amalan etika komunikasi semakin terhakis sehingga terbitnya kata-kata, penulisan dan isyarat-isyarat komunikasi yang tiada nilai akhlak serta sopan santun dalam ruangan maya mahupun realiti. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis budaya interaksi remaja Muslim di Selatan Thailand khususnya di wilayah Pattani dengan memfokuskan zon Taluban dan Lalor. Secara objektif, kajian ini membandingkan amalan etika komunikasi remaja Muslim di Selatan Thailand dengan prinsip-prinsip etika komunikasi Islam. Di samping itu, kajian ini turut membincangkan secara perbandingan antara amalan komunikasi remaja Muslim di bandar dan luar bandar. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah etnografi iaitu melibatkan pemerhatian dan temu bual dalam pengumpulan data, seterusnya dilakukan analisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa remaja Muslim di Selatan Thailand masih mengekalkan amalan komunikasi yang selari dengan ajaran Islam terutama sekali bagi remaja Muslim yang tinggaldi luar bandar.Sumbangan daripada kajian ini diharap dapat memperbanyakkan penulisan berkaitan etika komunikasi Islam khususnya berkaitan remaja Muslim, seterusnya membentuk satu saranan kepada pihak berwajib dalam merangka dasar-dasar pembudayaan golongan remaja yang berakhlak dan beretika.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectCommunication -- Moral and ethical aspects -- Thailand
dc.subjectMuslim youth -- Religious life -- Thailand
dc.subjectMuslim youth -- Conduct of life -- Thailand
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleAmalan etika komunikasi Islam dalam kalangan remaja Muslim Selatan Thailand
dc.typetheses
dc.format.pages167
dc.identifier.callnoP94.I73 2018 tesis
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108842+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.16 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.