Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459403
Title: Aplikasi ḥalālan ṭayyiban dalam penggunaan drug veterinar terhadap haiwan ternakan
Authors: Raden Siti Hawa Radin Mokhtar (P73347)
Supervisor: Abdul Basir Mohamad, Prof. Dr.
Keywords: Poultry industry -- Hygienic aspects
Poultry -- Diseases
Food -- Religious aspects -- Islam
Halal food
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 6-Oct-2018
Description: Konsep pemakanan yang bersih, suci, selamat, berkualiti dan tidak memudaratkan didatangkan melalui konsep ḥalālan dan ṭayyiban dalam Islam. Konsep ini juga selaras dengan maqāṣid al-Sharīcah yang menekankan keselamatan manusia sebagai aspek utama yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan. Oleh itu, masyarakat perlulah memahami konsep ḥalālan ṭayyiba yang menjadi tunggak dalam pemilihan makanan dan minuman agar selari dengan kehendak Islam. Namun, haiwan ternakan yang menjadi sumber utama bekalan daging, hasil tenusu dan telur telah diberikan drug veterinar seperti antibiotik, hormon dan vaksin atas tujuan tertentu. Justeru, produk berteraskan haiwan yang diberikan drug memberi risiko kemudaratan kepada kesihatan pengguna sekali gus melanggar konsep yang mendasari kaedah pemilihan pemakanan Islam yang sebenar. Kajian ini mengkaji konsep ḥalālan ṭayyiba dari perspektif syariah dan kemudian mengaitkannya dengan isu penggunaan drug veterinar kepada haiwan ternakan. Untuk mencapai objektif, kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk analisis kandungan. Kajian menggunakan metode analisis kandungan daripada buku-buku turath dan kontemporari serta jurnal, makalah dan akhbar dalam menganalisis penggunaan drug veterinar kepada haiwan ternakan dari perspektif aplikasi ḥalālan ṭayyiba. Bagi menganalisis data, kajian ini menggunakan kaedah deskriptif. Hasil kajian mendapati produk berteraskan haiwan yang diberikan drug veterinar tidak menepati konsep ṭayyib kerana ia menyebabkan kemudaratan kepada manusia. Kajian ini signifikan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia, para pengusaha industri penternakan haiwan serta masyarakat awan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 113
Call Number: SF995.R33 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108838+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.93 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.