Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459402
Title: Persepsi audien terhadap genre dakwah berdasarkan elemen patuh syariah dalam filem
Authors: Azimah Misrom (P78752)
Supervisor: Rosmawati Mohamad Rasit, Dr.
Keywords: Motion pictures -- Religious aspects -- Islam
Motion pictures -- Moral and ethical aspects
Da'wah (Islam)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Jan-2018
Description: Penghasilan filem bergenre dakwah perlu diperluaskan supaya dakwah dapat dikembangkan seiring dengan kemajuan bidang perfileman. Namun, filem yang dihasilkan pada masa kini kurang menerapkan elemen patuh syariah dan hanya menghasilkan filem berdasarkan permintaan audien semata-mata. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi audien tentang elemen patuh syariah dan genre dakwah dalam filem, menganalisis tahap persepsi audien terhadap elemen patuh syariah dalam filem dan genre dakwah dalam filem serta mengkaji hubungan elemen patuh syariah dengan genre dakwah dalam filem. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan melalui pengedaran borang soal selidik kepada 500 orang responden di lima buah pawagam di Lembah Klang iaitu Alamanda, Midvalley, The Mines, NU Central dan KLCC. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan dan dianalisis secara deskriptif iaitu kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai serta ujian kolerasi Spearman's Rho. Hasil kajian mendapati dari aspek akidah, item “saya merasa bimbang apabila isu agama dipersendakan” mendapat nilai min tertinggi (min = 3.59, s.p = 0.54). Dari aspek akhlak, item “saya merasa nilai-nilai kemanusiaan perlu ditonjolkan di dalam filem” mendapat nilai min = 3.58. s.p = 0.56. Selain itu, dari aspek syariat dan ibadah, masing-masing mencatatkan nilai min tertinggi iaitu item “saya merasa bahawa adegan bersentuhan antara pelakon lelaki dan wanita perlu dijaga” (min = 3.55, s.p = 0.55) dan item “saya merasa bahawa adegan solat yang dipaparkan perlu mematuhi syariah Islam” (min = 3.55, s.p = 0.54). Persepsi audien terhadap genre dakwah dalam filem adalah tinggi iaitu “filem dakwah mestilah mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran” (min = 3.56, s.p = 0.54). Hasil kajian menunjukkan tahap yang sederhana berdasarkan tahap persepsi audien terhadap elemen patuh syariah dalam filem (min = 133.37, s.p = 12.80) dan genre dakwah dalam filem (min = 34.78, s.p = 4.38). Selain itu, hasil kajian berdasarkan ujian kolerasi Spearman's Rho menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif dengan aras hubungan sederhana tinggi antara elemen patuh syariah dengan genre dakwah dalam filem (r = 0.638, p < 0.05). Implikasi kajian ini dapat menyumbang kepada bidang kajian filem khususnya dari aspek genre dakwah. Kajian perfileman turut mendapat manfaat daripada pandangan audien bagi menambah baik genre dakwah dalam filem.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 133
Call Number: BP190.5.M68A99 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108837+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.35 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.