Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459401
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Akil Muhamed
dc.contributor.authorNajlaa Ismail (P74559)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:56:22Z-
dc.date.available2023-09-13T07:56:22Z-
dc.date.issued2018-01-12
dc.identifier.otherukmvital:108836
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459401-
dc.descriptionPoligami sering dianggap sebagai satu subjek yang sensitif dalam kalangan masyarakat terutamanya kaum wanita. Ia berlaku kerana terdapat ramai golongan lelaki yang hendak mengamalkan poligami mengetepikan syarat-syarat yang termaktub dalam hukum syarak. Manakala golongan wanita pula kebiasaannya akan menyalahkan suami mereka sepenuhnya apabila terlibat dalam permasalahan poligami tanpa mengkaji dan menyelidik punca suami mereka melakukan tindakan sedemikian. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti persepsi lelaki Muslim tentang konsep poligami, menganalisa persepsi lelaki Muslim terhadap faktor-faktor pengamalan poligami dan mengkaji persepsi lelaki Muslim terhadap konsep layanan isteri sebagai faktor pengamalan poligami. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik. Kaedah persampelan convenience sampling digunakan dalam pemilihan sampel kajian. Seramai 400 orang sampel yang terdiri daripada lelaki Muslim di Bandar Baru Bangi dipilih sebagai responden kajian. Dalam kajian ini, data dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif. Hasil kajian ini mendapati bahawa skor min untuk persepsi lelaki Muslim terhadap konsep poligami adalah tinggi. Manakala skor min bagi persepsi lelaki Muslim terhadap faktor pengamalan poligami adalah pada tahap yang sederhana tinggi. Seterusnya, skor min bagi persepsi lelaki Muslim terhadap layanan isteri sebagai faktor pengamalan poligami adalah berada pada tahap yang tinggi. Implikasi daripada kajian ini penting kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) untuk memperbanyakkan program dalam menyedarkan orang ramai tentang pensyariatan poligami yang sebenar bagi mengelakkan salah faham atau perselisihan pendapat. Seterusnya perlaksanaan tanggungjawab suami isteri terutamanya yang melibatkan layanan wajar diberi penekanan oleh setiap lapisan masyarakat terutamanya pasangan yang telah berkahwin demi mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian dalam rumah tangga yang dibina.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectPolygamy -- Religious aspects -- Islam
dc.subjectPolygamy -- Religious aspects -- Bandar Baru Bangi
dc.subjectPolygamy (Islamic law)
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePersepsi lelaki Muslim terhadap layanan isteri sebagai faktor pengamalan poligami: kajian di Bandar Baru Bangi
dc.typetheses
dc.format.pages131
dc.identifier.callnoBP158.P64N33 2018 tesis
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108836+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.74 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.