Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459400
Title: Cabaran pelaksanaan ibadat haji golongan kurang upaya penglihatan
Authors: Nur Nabeela Ilias (P73420)
Supervisor: Tengku Intan Zarina Tengku Puji, Dr.
Keywords: Muslim pilgrims and pilgrimages
Disabled persons
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 21-Jan-2018
Description: Ibadat haji merupakan rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh semua muslim yang mukallaf. Bagi golongan kurang upaya (OKU) penglihatan, pelaksanaan ibadat haji wajib sekiranya mereka memenuhi syarat berkemampuan yang ditetapkan oleh para Ulama. Di Malaysia, pengurusan ibadat haji OKU penglihatan diuruskan oleh pihak Tabung Haji (TH). Bagi OKU penglihatan, kemudahan untuk mengakses kepada maklumat dan kemudahan lain di Tanah Suci membantu mereka untuk menunaikan ibadat haji. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meneliti sejauhmana OKU penglihatan mampu untuk mempersiapkan diri sebelum melaksanakan ibadat haji dan cabaran yang dihadapi oleh mereka semasa melaksanakan ibadat tersebut. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui reka bentuk kajian kes. Instrumen temu bual dan analisis kandungan digunakan untuk menghasilkan dapatan kajian. Temu bual separa struktur dilakukan ke atas tiga orang responden OKU penglihatan dan seorang informan daripada TH. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat cabaran yang dihadapi oleh OKU penglihatan sebelum dan semasa melaksanakan ibadat haji. Antara cabaran sebelum melaksanakan ibadat haji ialah daripada sudut persediaan dan akses kepada maklumat. Cabaran yang dihadapi semasa melaksanakan ibadat haji ialah daripada sudut emosi, fizikal, prasarana dan sikap bakal haji yang lain. Implikasi kajian ini ialah untuk mewujudkan bantuan daripada pihak Tabung Haji atau Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) supaya dapat menambahbaik modul kursus ibadat haji bagi golongan OKU penglihatan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 133
Call Number: BP77.68.N83 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108835+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.73 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.