Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459399
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNoor Lizza Mohamed Said, Dr.
dc.contributor.authorNurul Syuhadah Azalan (P83550)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:56:17Z-
dc.date.available2023-09-13T07:56:17Z-
dc.date.issued2018-03-20
dc.identifier.otherukmvital:108834
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459399-
dc.descriptionPermohonan kes pengesahan hibah di Mahkamah Syariah meliputi isu ijab dan qabul, qabd, pemberian hibah bapa kepada anak, penarikan balik hibah, hibah ruqba dan hibah harta bercagar. Hakim Syarie kebiasaannya membuat keputusan bagi kes-kes pengesahan hibah dengan berpandukan kepada kitab-kitab fiqah. Oleh yang demikian, terdapat keputusan yang berbeza dibuat oleh Hakim Syarie walaupun pada isu yang sama. Berdasarkan kes Mohd Hassan Bin Ismail v Habshah Binti Alias dan Lapan Defendan Yang Lain dalam isu ijab dan qabul, Hakim Syarie telah membenarkan hibah tanpa lafaz qabul tetapi terdapat kes yang lain tidak mengesahkan akad hibah tanpa elemen qabul. Oleh yang demikian, keharusan akad hibah tanpa salah satu daripada rukun hibah menjadi persoalan yang perlu dirungkai. Selain itu dalam isu hibah ruqba, timbul juga persoalan adakah hibah ruqba dibolehkan menurut pendapat fuqaha sedangkan konsep hibah ruqba tersebut tidak menepati konsep asal hibah. Apakah sandaran Hakim Syarie yang telah membenarkan produk ini diaplikasikan wajar dikaji. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji pandangan fuqaha mengenai isu-isu hibah yang berbangkit dalam Industri Perancangan dan Pengurusan Harta Orang Islam di Malaysia dan mengenal pasti kes-kes hibah yang telah diputuskan di Mahkamah Syariah negeri Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis sandaran hujah yang diguna pakai oleh Hakim Syarie dalam memutuskan sesuatu kes hibah. Reka bentuk kajian ini ialah kajian kualitatif dengan menggunakan pendekatan kajian kes. Kaedah pengumpulan data yang digunakan pula ialah kaedah analisa dokumen dan temubual separa struktur. Manakala kaedah penganalisisan data dijalankan menerusi kaedah pendekatan deskriptif, induktif dan deduktif. Hasil kajian mendapati faktor perbezaan penghakiman Hakim Syarie adalah berpandukan kepada fakta kes dan situasi kes. Justeru kajian ini dicadangkan sebagai garis panduan untuk membantu Hakim Syarie membuat keputusan dalam kes-kes hibah kerana akta dan enakmen negeri-negeri telah memperuntukkan bahawa pengesahan sesuatu hibah berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectInherintace and succession (Islamic law) -- Malaysia
dc.subjectWills (Islamic law) -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePenghakiman Hakim Syarie dalam kes hibah di Mahkamah Syariah
dc.typetheses
dc.format.pages160
dc.identifier.callnoBP158.I45N83 2018 tesis
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108834+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.88 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.