Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459397
Title: Pendekatan penyucian jiwa di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam
Authors: Nik Siti Khadijah Nik Salleh (P81817)
Supervisor: Hasanah Abd. Khafidz, Dr.
Keywords: Religious life -- Islam -- Johor
Islam -- Customs and practices
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-Jan-2018
Description: Penyucian jiwa merupakan satu proses terapi jiwa dalam kehidupan manusia. Ia bertujuan untuk membersihkan jiwa daripada sifat buruk dan keji. Di zaman globalisasi yang mencabar kini, jenayah dalam kalangan banduan hangat diperkatakan kerana terdapat segelintir banduan yang keluar daripada Pusat Pemulihan Akhlak tidak menghayati aktiviti penyucian jiwa yang diterapkan di Pusat Pemulihan Akhlak. Disebabkan perkara tersebut, ini akan menyebabkan mereka mudah terjebak dengan aktiviti jenayah seperti merompak, membunuh, mengedar dadah dan sebagainya. Hal ini menimbulkan persoalan apakah aktiviti penyucian jiwa yang dilaksanakan di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam memberi kesan ataupun tidak terhadap kondisi jiwa mereka agar tidak terjebak semula kepada aktiviti yang tidak bermoral. Bagi menjawab persoalan ini, kajian telah dijalankan untuk mengkaji konsep penyucian jiwa, mengenal pasti aktiviti penyucian jiwa dan menganalisis pendekatan penyucian jiwa di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam. Metod kajian yang digunakan adalah kualitatif melalui temu bual separa berstruktur yang dibuat terhadap lima orang pegawai Unit Agama, Penjara Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam. Hasil kajian mendapati empat pendekatan penyucian jiwa iaitu pendekatan mujahadah, pendekatan riyadah, pendekatan muraqabah dan pendekatan muhasabah. Kesemuaan aktiviti penyucian jiwa mengandungi nilai kerohanian yang selari dan bertepatan dengan pemikiran ulama iaitu Sa'id Hawwa dan Imam al-Ghazali. Implikasi kajian ini memberi manfaat kepada pelbagai pihak terutama pegawai Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam bagi mengembangkan usaha psikologi dakwah khususnya kepada kalangan banduan.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 119
Call Number: BP188.N76 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106630+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.14 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.