Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459395
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIndriaty Ismail, Dr.
dc.contributor.authorNur Saadah Ab Rahman (P78884)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:56:05Z-
dc.date.available2023-09-13T07:56:05Z-
dc.date.issued2018-04-10
dc.identifier.otherukmvital:105757
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459395-
dc.descriptionDunia kecantikan mengalami perubahan yang ketara seiring dengan kemajuan arus modenisasi dan globalisasi. Kemunculan lambakan produk-produk berasaskan kolagen seperti penjagaan wajah, bahan kosmetik dan suplemen menunjukkan bukti kepesatan dunia kecantikan di Malaysia. Secara fitrahnya, manusia menyukai kecantikan tidak terkecuali golongan mahasiswa. Namun begitu, kecintaan terhadap kecantikan yang melampau sehingga menimbulkan penyakit sosial mampu mempengaruhi tingkah laku dan gaya hidup mahasiswa dari sudut kecelaruan identiti semata-mata menginginkan personaliti yang menarik. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti konsep kecantikan dalam Islam, pengaturan kendiri dan gaya hidup mahasiswa, mengkaji persepsi mahasiswa terhadap produk kecantikan berasaskan kolagen, mengkaji tahap pengaturan kendiri mahasiswa terhadap penggunaan produk kecantikan berasaskan kolagen dan gaya hidup mahasiswa terhadap penggunaan produk kecantikan berasaskan kolagen serta menganalisis faktor persekitaran sosial mahasiswa terhadap penggunaan produk kecantikan berasaskan kolagen di Universiti Kebangsaan Malaysia. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan (survey research) yang menggunakan instrumen soal selidik. Kaedah persampelan rawak mudah digunakan dalam pemilihan sampel kajian. Seramai 351 orang sampel yang terdiri daripada mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia yang dipilih sebagai responden kajian. Data dikumpul melalui soal selidik dan dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati persepsi mahasiswa (min = 3.38, sp = 0.47), pengaturan kendiri (min = 3.10, sp = 0.60), gaya hidup (min = 2.86, sp = 0.61) dan faktor persekitaran sosial mahasiswa (min = 2.89, sp = 0.673) terhadap produk-produk kecantikan berasaskan kolagen berada pada tahap sederhana. Implikasi kajian ini dapat membantu golongan mahasiswa dari sudut pengaturan kendiri dan gaya hidup sekali gus memperkukuhkan personaliti mahasiswa ke arah kesejahteraan individu dan masyarakat umumnya dalam memberi perkhidmatan kelak. Peranan pihak tertentu juga penting bagi membentuk pengaturan kendiri yang positif dalam kalangan mahasiswa supaya melahirkan pengguna yang bijak terutamanya dalam pemilihan produk-produk kecantikan berasaskan kolagen yang mematuhi tuntutan syariat Islam.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectProduk kecantikan
dc.subjectKolagen
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePersepsi mahasiswa terhadap produk kecantikan berasaskan kolagen dengan pengaturan kendiri dan gaya hidup di Universiti Kebangsaan Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages153
dc.identifier.barcode003753(2019)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105757+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.84 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.