Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459391
Title: | Tujuan pengguna dalam skim pinjaman peribadi mengikut prinsip maqasid al-shariah: kajian di Machang, Kelantan |
Authors: | Hanis Razali (P70944) |
Supervisor: | Zamzuri Zakaria, Dr. |
Keywords: | Skim pinjaman peribadi Maqasid al-shariah Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 6-Apr-2018 |
Description: | Antara tujuan asal skim pinjaman peribadi adalah untuk memenuhi keperluan asas pengguna. Namun, berdasarkan kajian lepas, menunjukkan bahawa terdapat sebahagian pengguna hari ini membuat pinjaman peribadi bukan untuk tujuan keperluan sebenar. Bahkan ada yang menyalahgunakannya. Antaranya adalah untuk membiayai kenderaan, rumah, melancong dan sebagainya. Faktor berlaku demikian kerana ketidakfahaman terhadap keutamaan skim pinjaman peribadi khususnya menurut maqasid al-sharicah. Umumnya mereka beranggapan hanya dengan meminjam sahaja boleh memenuhi kehendak dan keperluan yang tidak terbatas. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti teori skim pinjaman peribadi mengikut prinsip maqasid al-sharicah, membina parameter penilaian tujuan pinjaman serta mengkaji tujuan pengguna dalam skim pinjaman peribadi berdasarkan prinsip maqasid al-sharicah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Data dikumpulkan dengan kaedah analisis dokumen dan kaedah soal selidik. Kedua-dua data ini dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif. Manakala bagi mendapatkan output daripada analisis tujuan pilihan pengguna dalam membuat pinjaman peribadi pengkaji menggunakan perisian SPSS version 2.0. Hasil kajian mendapati bahawa teori skim pinjaman peribadi mengikut prinsip maqasid al-sharicah yang diambil dari pendekatan Ibn cAshur, al-Shatibiyy dan penulis ekonomi Islam ialah daruriyyat (keperluan asas), hajiyyat (keperluan biasa), tahsiniyyat (perhiasan) dan mewah/memudaratkan. Selain itu, hasil kajian pembinaan parameter mengikut prinsip maqasid al-sharicah telah menghasilkan sebelas elemen tujuan pinjaman iaitu rumah, kesihatan, pendidikan, membeli kenderaan, perkahwinan, bayaran pembiayaan, membantu ahli keluarga, kegunaan pelaburan, menunaikan haji/umrah, dan melancong. Akhirnya, hasil kajian pengguna di Machang yang mengambil skim pinjaman peribadi mendapati majoritinya adalah untuk tujuan mewah/memudaratkan (60.4%) berbanding daruriyyat (57.2%), tahsiniyyat (37.5%) dan hajiyyat (20%). Implikasi kajian ini adalah pendedahan kepada masyarakat Islam khususnya mengenai pinjaman peribadi mengikut prinsip maqasid al-shariah. Selain itu, ia menjadi satu garis panduan kepada para peminjam melalui pembinaan parameter skim pinjaman peribadi berdasarkan maqasid al-shariah,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 143 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_105754+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.17 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.