Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459390
Title: Pengukuhan akidah dalam kalangan saudara baru Iban: kajian di Pusat Dakwah Islamiah Daerah Temburong, Brunei Darussalam
Authors: Nor Rajiah Aji (P77128)
Supervisor: Kamaruddin Salleh, Prof. Madya Dr.
Keywords: Saudara baru Iban
Akidah
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Feb-2018
Description: Binaan agama Islam yang diturunkan oleh Allah Subhanahu Watacala kepada umat manusia adalah terdiri daripada tiga asas utama, iaitu akidah, syariat dan akhlak. Akidah merupakan asas pertama yang semestinya ada dalam binaan Islam apatah lagi bagi golongan saudara baru. Kefahaman akidah di kalangan saudara baru perlu kepada bimbingan melalui institusi yang berwajib. Setiap saudara baru perlu diasuh dan dididik bermulanya mereka memeluk agama Islam. Justeru, Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kefahaman akidah saudara baru Iban dari aspek tauhid dan ibadah dan mengkaji persepsi saudara baru terhadap pendekatan pengajaran akidah melalui sukatan bimbingan terhadap saudara baru berdasarkan silibus-silibus yang diguna pakai oleh pihak Pusat Dakwah Islamiah di bawah Unit Dakwah Daerah Temburong serta faktor-faktor yang mendorong ke arah pengukuhan akidah mereka. Reka bentuk kajian ini berbentuk kajian kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik. Soal selidik telah diedarkan kepada 50 orang responden terdiri daripada masyarakat saudara baru Iban di Daerah Temburong. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For The Social Studies (SPSS) for Windows Version 23 dengan menggunakan statistik deskriptif dalam bentuk kekerapan, peratusan, peratusan min, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian mendapati kefahaman akidah saudara baru Iban secara keseluruhan berada pada tahap tinggi. Berdasarkan pendekatan pengajaran yang digunakan oleh Pusat Dakwah Islamiah adalah sesuai dan mudah untuk difahami dalam memberikan pengetahuan yang asas terhadap saudara baru. Demikian juga saudara baru dapat menolak perkara-perkara yang negatif yang membawa kepada penyelewengan akidah. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa kefahaman saudara baru terhadap akidah adalah aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh pihak-pihak yang berwajib bagi membentuk generasi yang berakidah.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 147
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105753+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.88 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.