Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459389
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhmad Irdha Mokhtar, Dr.
dc.contributor.authorRoslinda Sabiran (P73401)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:55:47Z-
dc.date.available2023-09-13T07:55:47Z-
dc.date.issued2018-03-20
dc.identifier.otherukmvital:105752
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459389-
dc.descriptionKajian lalu mendapati bahawa tahap kefahaman dan pengamalan Islam masyarakat dan anak-anak Orang Asli masih berada di tahap rendah. Ia berpunca daripada kurang pengetahuan tentang Islam, masih berpegang dengan animisme, culas dalam beribadah dan ketinggalan dalam pelajaran di sekolah. Mata pelajaran Pendidikan Islam dan aktiviti kerohanian yang dipelajari di sekolah diharapkan mampu merubah tahap kefahaman dan pengamalan Islam pelajar Muslim Orang Asli. Justeru, objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap kefahaman dan pengamalan Islam pelajar Muslim Orang Asli Sekolah Menengah Negeri Johor. Ia juga menganalisis faktor-faktor yang dapat meningkatkan kefahaman dan pengamalan Islam dalam kehidupan seharian. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan sebagai metodologi kajian, di mana soal selidik merupakan instrumen utama dalam mengumpul data. Seramai 205 orang responden telah dipilih secara kaedah bertujuan dari enam buah sekolah menengah di empat daerah di Negeri Johor. Data dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 23 dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman Islam bernilai min 2.86 berada di tahap tinggi. Begitu juga tahap pengamalan Islam yang menunjukkan nilai min 2.85 juga berada di tahap yang tinggi. Faktor guru sebagai pendidik, ibu bapa sebagai pendorong dan rakan sebaya sebagai contoh teladan merupakan nilai terpenting dalam meningkatkan kefahaman dan pengamalan Islam yang lebih baik dan berkualiti. Secara umumnya, kajian ini mendapati bahawa tahap keislaman pelajar Muslim Orang Asli sekolah menengah Negeri Johor sangat baik dan berkualiti. Hasil kajian ini memberi implikasi penting ke atas institusi keagamaan, pihak pendidikan dan juga ibu bapa untuk terus memberi perhatian yang serius terhadap bidang pendidikan agama dan seterusnya dapat memperkasakan nilai keislaman di sepanjang hayat generasi muda Orang Asli Muslim.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectPendidikan Islam
dc.subjectOrang Asli Muslim
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleTahap kefahaman dan pengamalan Islam pelajar Muslim Orang Asli Sekolah Menengah Negeri Johor
dc.typetheses
dc.format.pages107
dc.identifier.barcode003748(2019)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105752+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
10.28 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.