Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459388
Title: | Aktiviti, penerimaan dan cabaran dakwah dalam institusi perbankan Islam |
Authors: | Siti Maryam Hanis Hamzah (P81294) |
Supervisor: | Muhammad Faisal Ashaari, Dr. |
Keywords: | Perbankan Islam Dakwah Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 23-Feb-2018 |
Description: | Industri perbankan Islam mampu menjadi antara medium yang boleh menjalankan usaha dakwah kepada masyarakat. Ini berdasarkan kepada bahawa sistem perbankan Islam bukan sahaja diterima meluas oleh masyarakat Islam malah dalam kalangan masyarakat bukan Islam. Namun, sejauh mana kah industri perbankan Islam ini mengambil perhatian tentang usaha dakwah supaya penerimaan masyarakat bukan sekadar terhadap sistem perbankan Islam tetapi sahaja, tetapi boleh menerima nilai nilai Islam dan sekali gus menerima Islam sebagai cara hidup. Oleh itu, kajian bertujuan untuk mengkaji aktiviti dakwah yang dilaksanakan dalam institusi perbankan Islam dan mengkaji bentuk penerimaan usaha dakwah yang dilaksanakan terhadap kakitangan dan pelanggan non Muslim serta menganalisis halangan dan cabaran dakwah di institusi ini. Kajian ini menggunakan metode kualitatif di mana temu bual berstruktur dan separa berstruktur merupakan instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data. Temu bual dilakukan dengan pegawai syariah di enam bank yang mengamalkan sistem perbankan Islam iaitu Bank Islam, Hong Leong Bank,Affin Bank, Public bank, Ambank Islamik dan Bank al-Rajhi. Secara keseluruhannya dapatan kajian mendapati aktiviti dakwah diusahakan dalam institusi perbankan Islam melalui aktiviti agama dan kursus-kursus perbankan Islam serta usaha mempromosi produk perbankan Islam, tetapi aktiviti yang dilaksanakan dalam skala kecil, tidak begitu memberangsangkan. Daripada perspektif pegawai syariah, kakitangan Muslim menerima baik terhadap aktiviti begitu juga kakitangan dan pelanggan non Muslim namun begitu kefahaman kakitangan dan pelanggan non Muslim terhadap Islam pada luaran sahaja. Manakala halangan dan cabaran dakwah yang dihadapi di institusi ini adalah dari sudut kekurangan masa dan tenaga, perbandingan di antara produk Islamik dan konvensional dan tekanan dari bank induk. Di samping itu, kajian ini mencadangkan bahawa perlu diperluaskan dan dipertingkatkan lagi usaha-usaha dakwah dalam perbankan Islam bukan sahaja memperkenalkan produk-produk Islamik bahkan memperkembangkan lagi Islam dalam institusi perbankan Islam.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 117 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_105751+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.71 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.