Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459387
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Dato' Dr.-
dc.contributor.authorNormawiyah Suparman (P73323)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:55:41Z-
dc.date.available2023-09-13T07:55:41Z-
dc.date.issued2018-04-27-
dc.identifier.otherukmvital:105750-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459387-
dc.descriptionProduk berasaskan coklat merupakan makanan konfeksi yang disukai oleh pelbagai lapisan masyarakat Islam di Malaysia sama ada golongan kanak-kanak, dewasa mahupun warga tua. Walau bagaimanapun, tidak semua produk berasaskan coklat yang berada di pasaran mempunyai logo halal sama ada produk coklat tempatan mahupun luar negara. Oleh itu, penentuan hukum produk berasaskan coklat perlu dikaji. Kajian ini membincangkan tentang prinsip penentuan hukum produk berasaskan coklat. Bagi memudahkan lagi penggunaan prinsip tersebut, kajian terhadap sumber bahan dan cara pemprosesan produk berasaskan coklat turut dikaji. Akhir sekali, kajian terhadap penentuan hukum hakam produk berasaskan coklat turut dianalisis. Kajian ini merupakan kajian kualitatif melalui dua instrumen kajian iaitu analisis dokumen dan temubual separa struktur dengan pemilihan sampel secara bertujuan terhadap dua orang responden yang terlibat dengan kajian coklat. Analisis kajian dilakukan secara manual dengan menggunakan teknik kerangka. Hasil kajian mendapati terdapat lima prinsip penentuan hukum produk berasaskan coklat iaitu prinsip sumber bahan yang digunakan, prinsip maslahah dan mafsadah, prinsip kebersihan dalam menghasilkan produk berasaskan coklat, prinsip percampuran halal dan haram serta prinsip syubhah hendaklah dijauhi. Tambahan lagi, terdapat dua bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk berasaskan coklat iaitu bahan mentah dan bahan aditif di mana bahan-bahan tersebut bersumberkan tumbuhan, haiwan, bahan kimia dan bahan semulajadi serta dihasilkan melalui tiga proses utama iaitu proses primer, sekunder dan akhir. Hasil kajian mendapati, kesemua bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan produk berasaskan coklat adalah halal. Namun begitu, terdapat bahan aditif yang mendapat hukum halal mahupun haram di mana kesemua bahan pengemulsi yang berasaskan tumbuhan adalah halal manakala pengemulsi yang berasaskan haiwan akan mendapat hukum halal jika berasaskan haiwan yang halal dan disembelih mengikut syariat. Tambahan lagi, kesemua bahan agen pelicauan, bahan pewarna dan bahan perasa juga adalah halal. Berbeza pula dengan bahan pengawal keasidan dan bahan pemanis. Bahan pengawal keasidan seperti kalsium karbonat, ammonium karbonat dan ammonium hidrogen karbonat serta bahan pemanis isomalta, laktitol dan aspartame adalah halal untuk digunakan. Namun begitu, terdapat juga bahan pengawal keasidan dan bahan pemanis yang mendapat hukum haram iaitu asid tartarik yang dihasilkan daripada pemendapan arak dan siklamik yang memudaratkan kesihatan. Kesimpulannya, kajian ini dapat membantu pihak penyelidik hukum produk berasaskan coklat dalam menyelesaikan masalah penentuan hukum produk berasaskan coklat.,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectProduk berasaskan coklat-
dc.subjectHukum-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePenentuan hukum produk berasaskan coklat-
dc.typetheses-
dc.format.pages136-
dc.identifier.barcode003746(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105750+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.04 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.