Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459386
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhmad Yunus Mohd Noor, Dr.
dc.contributor.authorZahidah Zainal Abidin (P78780)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:55:38Z-
dc.date.available2023-09-13T07:55:38Z-
dc.date.issued2018-05-28
dc.identifier.otherukmvital:105749
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459386-
dc.descriptionMedium utama menangani penyebaran kisah Isra'iliyyat ialah pendekatan melalui penulisan Isra'iliyyat secara khusus. Penulisan perbahasan Isra'iliyyat mengutamakan pengamatan dari pakar bidang tafsir dan hadith. Hal ini kerana, Isra'iliyyat merupakan salah satu sumber pentafsiran al-Quran dan merupakan riwayat yang terdiri daripada binaan sanad dan matan hadith. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji metodologi penulisan dua buah karya ulama kontemporari yang terawal melaksanakan pendekatan ini iaitu al-Isra'iliyyat Fi al-Tafsir Wa al-Hadith karya sheikh Husayn al-Dhahabi dan al-Isra'iliyyat Wa al-Mawducat Fi Kutub al-Tafsir karya sheikh Abu Shahbah. Kajian ini bertujuan mengenalpasti teknik yang digunakan oleh kedua-dua tokoh dalam mempersembahkan karya untuk menjelaskan kebatilan kisah Isra'iliyyat yang memenuhi ruang bahan bacaan umat Islam khususnya kitab-kitab tafsir. Kajian ini berasaskan metode penyelidikan kualitatif iaitu analisis kandungan dan pensejarahan. Data terkumpul akan dianalisis dengan menggunakan pendekatan tematik dan komparatif. Hasil kajian mendapati, terdapat perbezaan penulisan Isra'iliyyat antara kedua-dua kitab tersebut dari sudut fokus perbincangan, kaedah penerangan dasar dan penghujahan. Kajian menunjukkan, karya sheikh Husayn al-Dhahabi dengan huraian secara pragmatik berpaksikan bidang tafsir sebagai asas, fokus pada penelitian kepelbagaian kaedah penukilan Isra'iliyyat dalam kitab-kitab tafsir. Sementara karya sheikh Abu Shahbah menjadikan bidang hadith sebagai dasar dengan penelitian secara kritis pada sanad dan matan riwayat Isra'iliyyat. Gandingan kedua-dua kitab ini mampu menghasilkan sebuah perbahasan dan wacana yang bersifat komprehensif terhadap kisah Isra'iliyyat dalam kitab-kitab tafsir. Manakala pemahaman terhadap metode penulisan bagi kedua-dua buah karya ini mampu menerapkan kefahaman yang jitu dalam menekuni perbahasan Isra'iliyyat yang menular dalam kitab-kitab tafsir kontemporari.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectIsra'iliyyat
dc.subjectMetodologi penulisan
dc.subjectSheikh Husayn al-Dhahabi
dc.subjectSheikh Abu Shahbah
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleMetodologi penulisan Isra'iliyyat Sheikh Husayn al-Dhahabi (1977) dan Sheikh Abu Shahbah (1983)
dc.typetheses
dc.format.pages135
dc.identifier.barcode003745(2019)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105749+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.52 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.