Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459385
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Ghafar Don, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNorafidah Gordani (P83424)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:55:35Z-
dc.date.available2023-09-13T07:55:35Z-
dc.date.issued2018-06-05
dc.identifier.otherukmvital:105748
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459385-
dc.descriptionSukatan usrah yang memberi penekanan terhadap tauhid, ibadah, akhlak dan sirah telah diterapkan dalam pelaksanaan usrah di sekolah-sekolah dengan matlamatnya untuk menangani pelbagai isu gejala sosial serta keruntuhan akhlak pelajar-pelajar Islam pada hari ini. Pelaksanaan program usrah juga bukanlah sesuatu yang baharu dalam sistem pendidikan sekolah-sekolah di Malaysia, bahkan pelaksanaan usrah ini telah lama diperkenalkan sebagai salah satu medium untuk mencapai matlamat utama pendidikan Islam iaitu pembentukan akhlak mulia di kalangan pelajar. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap pelaksanaan usrah, mengkaji faktor-faktor mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan usrah serta mengenal pasti kelemahan dalam pelaksanaan usrah. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Kajian ini dijalankan ke atas 136 orang pelajar terdiri daripada pelajar tingkatan empat dan lima Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman, Tok Jiring yang telah dipilih secara rawak bertujuan sebagai sampel kajian. Data-data dianalisis melalui program SPSS versi 22.0 yang menggunakan statistik deskriptif. Hasil tinjauan mendapati bahawa skor min keseluruhan item bagi persepsi pelajar terhadap sukatan usrah berada pada tahap yang baik iaitu dengan nilai min = 3.98 dengan sisihan piawai = 0.56. Begitu juga skor min keseluruhan item bagi penghayatan akhlak mulia di kalangan pelajar melalui pelaksanaan usrah berada pada tahap yang baik iaitu dengan nilai min = 3.74 dengan sisihan piawai = 0.45. Manakala, dapatan keseluruhan item yang berkaitan kelemahan usrah dari sudut kesesuaian masa, tempoh pelaksanaan usrah, sukatan usrah yang terlalu berat, juga beberapa kelemahan melibatkan peranan pembimbing usrah atau naqib dalam mengendalikan usrah berada pada tahap sederhana iaitu dengan nilai min = 3.03 dengan sisihan piawai = 0.76. Justeru, perlu adanya penambahbaikan dalam pelaksanaan usrah bagi mencapai matlamatnya. Implikasi daripada kajian ini diharap mampu memberikan sumbangan yang signifikan ke arah usaha membantu institusi pendidikan untuk memperbaiki dan memperkasakan program usrah agar berjaya mencapai matlamatnya membentuk akhlak mulia pelajar. Di samping itu, kajian ini dapat memberi sumbangan ilmu kepada pihak berkaitan dalam menguruskan hal ehwal agama di Malaysia.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectUsrah
dc.subjectAkhlak
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePersepsi terhadap pelaksanaan usrah dalam kalangan pelajar Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman
dc.typetheses
dc.format.pages111
dc.identifier.barcode003744(2019)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105748+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.05 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.