Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459384
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNur Farhana Abdul Rahman, Dr.
dc.contributor.authorNuur Ashilah Kahar (P78108)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:55:32Z-
dc.date.available2023-09-13T07:55:32Z-
dc.date.issued2018-03-30
dc.identifier.otherukmvital:105747
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459384-
dc.descriptionSecara umumnya, kewujudan kepelbagaian agama yang wujud di dunia melahirkan kecenderungan pemahaman dan kepercayaan manusia terhadap Tuhan. Kecenderungan ini akhirnya membawa kepada perasaan ingin tahu akan kedudukan agama dan jalan keselamatan yang benar untuk menuju Tuhan. Namun, persepsi terhadap kedudukan agama dan jalan keselamatan ini akhirnya membawa kepada perbincangan konsep dan istilah pluralisme agama yang berbeza malah sehingga menimbulkan kekeliruan terhadap masyarakat Muslim khasnya di Malaysia. Justeru, kajian ini membincangkan mengenai pemikiran pluralisme agama menurut dua orang tokoh sarjana Muslim Malaysia iaitu Uthman el-Muhammady dan Chandra Muzaffar dengan tujuan untuk mengkaji dan menganalisis pemikiran Uthman el-Muhammady dan Chandra Muzaffar terhadap asal kewujudan sesebuah agama, punca kepelbagaian agama, kedudukan agama-agama dan jalan keselamatan bagi melihat kecenderungan pemikiran mereka terhadap konsep sebenar pluralisme agama. Kajian ini adalah kajian kualitatif. Dua instrumen yang digunakan dalam pengumpulan data iaitu analisis dokumen daripada pelbagai sumber seperti buku, jurnal, akhbar dan artikel serta disokong oleh dua temubual bersama informan Chandra Muzaffar dan anakanda Uthman el-Muhammady iaitu Ahmad el-Muhammady. Hasil kajian ini mendapati Uthman el-Muhammady dan Chandra Muzaffar bersetuju bahawa Allah telah menciptakan agama hanif pada asalnya dalam satu kesatuan. Perpecahan yang berlaku akibat daripada perbuatan, reaksi dan budaya manusia terhadap agama hanif sehingga wujudnya pelbagai agama. Maka, kecenderungan pemikiran kedua-dua tokoh sarjana Muslim Malaysia yang dikaji dalam kajian ini menunjukkan bahawa mereka menolak sekerasnya fahaman pluralisme agama yang menerima kesamarataan kebenaran semua agama namun tidak menafikan bahawa kepelbagaian agama sebagai salah satu definisi terhadap istilah pluralisme agama.,Sarjana Pengajian Islam,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah""
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectUthman El-Muhammady
dc.subjectChandra Muzaffar
dc.subjectPluralisme
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePemikiran pluralisme agama menurut Uthman El-Muhammady (1943-2013) dan Chandra Muzaffar (1947)
dc.typetheses
dc.format.pages165
dc.identifier.barcode003743(2019)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105747+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.37 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.