Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459382
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi
dc.contributor.authorMohd Fadilah Haji Abdul Ghani (P72398)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:55:26Z-
dc.date.available2023-09-13T07:55:26Z-
dc.date.issued2018-02-10
dc.identifier.otherukmvital:105746
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459382-
dc.descriptionDatuk Hajah Faridah Mat Saman adalah seorang yang terkenal dan berkemahiran dalam tarannum Al-Quran di Nusantara ini. Kepakaran dan keistimewaan yang beliau miliki dalam ilmu tarannum telah berjaya melahirkan ramai tokoh qari dan qariah di negara ini. Beliau mempunyai kaedah atau metode yang unik sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran tarannum al-Quran. Walau bagaimanapun, hingga ke hari ini, kaedah pengajaran dan pembelajarannya tidak pernah dikaji dan didokumenkan untuk tatapan generasi akan datang. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji ketokohan, sumbangan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran tarannum al-Quran oleh Datuk Hajah Faridah terhadap murid-muridnya. Reka bentuk kajian ini adalah kualitatif yang menggunakan teknik biografi. Data dikumpulkan melalui analisis kandungan seperti jurnal artikel, bahan-bahan dalam buku, penyelidikan kajian terdahulu serta melalui temu bual dan pemerhatian. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Datuk Hajah Faridah adalah seorang tokoh yang terkenal dan memberi impak terhadap ilmu tarannum bukan sahaja di Kelantan tetapi juga di Malaysia. Beliau telah menceburi bidang ini lebih daripada 50 tahun. Kaedah pengajaran dan pembelajaran tarannumnya seperti talaqqi dan musyafahah, simaci dan takrir, telah berjaya melahirkan ramai qari dan qariah negara dalam pelbagai pertandingan sama ada peringkat tempatan atau antarabangsa. Implikasi dari kajian ini menunjukkan masyarakat semakin mendekati tokoh-tokoh tarannum al-Quran dan berusaha untuk mewarisi keseniannya. Serentak dengan itu mereka juga menjadikan kesenian ini sebagai kelestarian ilmu yang perlu dipelihara dan diwarisi.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectIlmu tarannum
dc.subjectPengajaran dan pembelajaran
dc.subjectFaridah Mat Saman
dc.subjectDatuk Hajah
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleSumbangan dan metode pengajaran dan pembelajaran Datuk Hajah Faridah Mat Saman dalam ilmu tarannum di Kelantan
dc.typetheses
dc.format.pages160
dc.identifier.barcode003742(2019)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105746+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.86 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.