Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459381
Title: Kesepadanan peribahasa Melayu dengan peribahasa Arab dalam kamus peribahasa Melayu-Arab-Inggeris
Authors: Nurul Farhana Muhamad Sabri (P67147)
Supervisor: Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Dr.
Keywords: Peribahasa Melayu
Peribahasa Arab
Kesepadanan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 6-Nov-2017
Description: Peribahasa sememangnya berkait dengan budaya, sehinggakan ramai pengkaji mengakui kesukaran dalam penterjemahan peribahasa ini disebabkan oleh faktor budaya yang berbeza. Walau bagaimanapun, penyusun Kamus Peribahasa Melayu-Arab-Inggeris (KPMAI) tetap dapat memadankan peribahasa daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Arab. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkategorikan peribahasa Melayu dan padanan mathal Arabnya. Selain itu, objektif kajian ini juga adalah untuk mengkaji kaedah padanan peribahasa yang digunakan dalam memadankan peribahasa Melayu dengan mathal Arab. Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis kaedah padanan unsur budaya yang digunakan ketika berhadapan dengan masalah perbezaan budaya. Sementara itu, kajian ini juga bertujuan meneliti kaedah kesepadanan peribahasa yang kerap digunakan. Kajian ini merupakan kajian analisis kandungan yang menggunakan pendekatan kaedah analisis korpus dalam proses pengumpulan data. Persampelan data adalah bertujuan, iaitu terhadap unsur budaya ekologi yang berkaitan flora dan alam semula jadi. Sampel diambil sebanyak 60 ungkapan peribahasa Melayu dari Kamus Peribahasa Melayu-Arab-Inggeris (KPMAI). Data-data yang dikumpul dianalisis melalui pendekatan deskriptif serta menggunakan kekerapan dan peratusan. Hasil kajian mendapati bahawa kategori peribahasa Melayu yang terdapat dalam KPMAI ialah bidalan, pepatah, perumpamaan, simpulan bahasa dan kata-kata hikmat. Sementara kategori padanan mathal Arab pula ialah mathal mujaz, mathal qiyasiy dan juga mathal khurafiy. Selain itu, kaedah padanan unsur budaya yang kerap digunakan ialah kaedah unsur disesuaikan. Manakala, kaedah padanan peribahasa yang kerap digunakan pula ialah kaedah terjemahan makna. Hasil kajian ini dapat membantu para penterjemah dalam memilih kaedah penterjemahan peribahasa yang sesuai apabila berbeza budaya bahasa sumber dan sasaran. Hasil kajian ini juga memberi implikasi penting kepada dasar pendidikan yang ingin memastikan bahasa Arab yang dipelajari berkualiti dan mempunyai bahan bantu mengajar. Dengan itu, KPMAI sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan dalam pembelajaran.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 247
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105745+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
9.78 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.