Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459380
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhammad Faisal Ashaari, Dr.
dc.contributor.authorNoor Hafizah Jujaji (GP02062)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:55:20Z-
dc.date.available2023-09-13T07:55:20Z-
dc.date.issued2018-02-27
dc.identifier.otherukmvital:105744
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459380-
dc.descriptionVlog merupakan antara aplikasi media baharu yang mendapat tempat dalam kalangan remaja terutamanya yang mempunyai durasi kurang dari 5 minit. Sungguhpun ia tersebar dengan meluas, keupayaannya membawa mesej dakwah masih belum dikaji secara mendalam oleh para pengkaji. Kajian ini mengkaji persepsi remaja di Putrajaya dalam menilai vlog dakwah. Ia memfokuskan kepada keperluan kognitif dalam ciri persembahan dan kandungan vlog yang boleh mempengaruhi remaja. Ia juga menilai aspek tema vlog yang boleh memberikan maklumat dan mempengaruhi remaja kepada kesedaran Islam serta memberi tumpuan tentang aspek keperluan afektif yang boleh mempengaruhi emosi penonton. Seramai 150 pelajar tingkatan satu, dua, empat dan tingkatan enam dari 3 buah sekolah di Putrajaya dipilih sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan kajian kuantitatif dengan mengguna pakai jenis persampelan bertujuan. Data-data yang diperolehi dianalisis melalui pendekatan deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS versi 20.0. Hasil kajian mendapati nilai min tinggi dalam lima konstruk yang boleh mempengaruhi kognitif remaja iaitu vlog yang mengandungi perkataan yang positif dengan min 4.07, vlog yang membawa mesej agama dengan min 4.07, vlog yang mempunyai integrasi kandungan muzik, teks dan bunyi dengan min 4.04, vlog yang mengandungi maklumat yang ringkas dan padat supaya mudah untuk difahami mempunyai nilai min 4.03 serta vlogger yang mempamerkan aksi secara spontan dengan min 4.02. Bagi aspek tema, ia mempunyai lima konstruk yang perlu ditekankan bagi memberikan maklumat dan mempengaruhi remaja kepada kesedaran Islam. Tema tersebut adalah tema penerapan nilai murni iaitu 4.14, tema nasihat iaitu 4.11, tema keinsafan iaitu 4.10, tema ceramah iaitu 4.07 dan tema ketuhanan iaitu 4.06. Manakala dalam mempengaruhi keperluan afektif pula, kajian mendapati tiga konstruk yang perlu ditekankan bagi memberikan kesan menonton iaitu menyedari untuk menghiasi hati dengan sifat mahmudah dengan min 4.21, menyedari bahawa Al-Quran dapat mendekatkan diri kepada Allah iaitu 4.20 dan sedar perlunya melaksanakan perkara amar makruf dan nahi mungkar untuk mendekatkan diri kepada Allah iaitu dengan min 4.20. Hasil kajian ini memberikan implikasi penting bagi membantu pendakwah memantapkan kaedah dakwah dengan menekankan penggunaan tema yang baik serta keperluan kognitif dan keperluan afektif pada ciri persembahan vlog.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectVlog dakwah
dc.subjectAplikasi media
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePersepsi remaja Islam terhadap keperluan kognitif dan afektif vlog dakwah
dc.typetheses
dc.format.pages120
dc.identifier.barcode003740(2019)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105744+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.69 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.