Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459379
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNur Athiroh Masyaa'il Tan Abdullah @ Tan Ai Pao, Dr.
dc.contributor.authorZul Aiman Zulkiflee (P80014)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:55:17Z-
dc.date.available2023-09-13T07:55:17Z-
dc.date.issued2018-05-01
dc.identifier.otherukmvital:105743
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459379-
dc.descriptionWujudnya pelbagai cabaran hidup yang dihadapi golongan saudara baru dalam ajaran Islam membuktikan betapa pentingnya pendekatan pembangunan sahsiah diri dalam kalangan saudara baru di Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) untuk diterapkan. Cabaran yang wujud dari pelbagai sudut yang membelenggu golongan saudara baru ini jika tidak ditangani dengan bijak akhirnya, mampu mengakibatkan golongan ini bertindak kembali kepada agama asal atau murtad daripada agama Islam. Justeru itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor berlakunya masalah sahsiah diri dalam kalangan saudara baru di Institut Dakwah Islamiah PERKIM. Tambahan pula, kajian ini bertujuan untuk membincangkan metodologi yang digunakan dalam pembangunan sahsiah diri dan keberkesanan metodologi yang digunapakai dalam membangunkan sahsiah diri dalam kalangan saudara baru di Institut Dakwah Islamiah PERKIM. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif yang menggunakan persampelan bertujuan (Purposive Sample) iaitu seramai empat orang tenaga pengajar IDIP dipilih sebagai informan kajian ini. Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan kaedah analisis kandungan dan temu bual tidak berstruktur. Data kajian terhasil daripada analisis kandungan yang dianalisis secara manual melalui proses transkripsi dan membahagikan kepada tema mengikut persoalan kajian. Hasil kajian mendapati metodologi pembangunan sahsiah diri saudara baru berkesan dalam membangunkan sahsiah diri pelajar yang berkeyakinan, berketerampilan mengikut syariat Islam, mempunyai ilmu agama yang mantap, mampu menyampaikan ajaran agama Islam dan berjiwa masyarakat. Implikasi kajian ini adalah membantu saudara baru di IDIP dalam menghadapi cabaran dunia luar agar berpegang teguh dengan akidah Islamiah dan menjadi pendakwah yang berakhlak mulia.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectSaudara baru
dc.subjectSahsiah diri
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePembangunan sahsiah diri dalam kalangan saudara baru di Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) Pengkalan Chepa Kota Bharu Kelantan
dc.typetheses
dc.format.pages130
dc.identifier.barcode003739(2019)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105743+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.91 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.