Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459378
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRazaleigh Muhamat @ Kawangit, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorAzlan Shah Nabees Khan (P85155)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:55:14Z-
dc.date.available2023-09-13T07:55:14Z-
dc.date.issued2018-03-20
dc.identifier.otherukmvital:105742
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459378-
dc.descriptionKebanyakan mualaf tidak sepenuhnya memaklumi tentang hak dan implikasi perundangan akibat daripada pemelukan Islam. Perlaksanaan sistem perundangan yang majmuk, khususnya dalam aspek pemakaian undang-undang diri yang berbeza untuk orang Islam dan bukan Islam di Malaysia, menyebabkan golongan mualaf, keluarga bukan Islam dan pihak berkuasa agama berdepan dengan konflik perundangan apabila seseorang individu memeluk Islam. Sehingga kini, belum wujud sebarang modul literasi undang-undang untuk mualaf yang dijalankan di mana-mana institusi agama berkenaan hak dan implikasi perundangan akibat pemelukan Islam. Kesannya, sebahagian mualaf tidak jelas tentang kausa tindakan yang perlu diambil apabila terlibat dalam isu perundangan khusunya berkenaan aspek pertukaran identiti, pembubaran perkahwinan sivil dan pembahagian harta perkahwinan, tuntutan hak jagaan dan penjagaan anak, penentuan agama anak, penentuan agama jenazah, perwarisan harta pusaka dan pencen terbitan. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan meneroka perspektif mualaf berkenaan setiap implikasi perundangan akibat pemelukan Islam serta membina satu modul literasi undang-undang untuk mualaf tentang hak dan implikasi perundangan akibat pemelukan Islam. Bagi mencapai objektif ini, kajian telah menggunakan reka bentuk kajian kes dengan menganalisa kandungan 51 laporan keputusan kes-kes mahkamah berkaitan mualaf, menjalankan temu bual kumpulan berfokus dengan 14 orang pakar dari pelbagai bidang yang berkaitan dan juga telah menjalankan temu bual mendalam separa berstruktur dengan 11 orang partisipan kajian yang berpengalaman menghadapi dan menguruskan implikasi perundangan akibat pemelukan Islam. Kajian mendapati terdapat perspektif yang pelbagai dalam kalangan partisipan berkenaan implikasi perundangan dan semua partisipan menyokong inisiatif mewujudkan satu modul literasi undang-undang untuk mualaf kerana sebahagian besar mualaf tidak menyedari dan dimaklumkan tentang implikasi perundangan, walaupun pemelukan tersebut memberi kesan yang ketara terhadap kehidupan peribadi, hubungan kekeluargaan dan turut berpotensi mencetuskan suasana tegang dalam kalangan masyarakat berbilang etnik dan agama di Malaysia. Kajian ini penting untuk membina satu modul literasi undang-undang yang berkesan agar mualaf dapat dibimbing untuk mengambil tindakan perundangan yang betul demi memelihara hak dan kepentingan semua pihak yang terlibat dan turut dapat mempertingkatkan mutu pengurusan dakwah Islam di Malaysia.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectMualaf
dc.subjectModul literasi undang-undang
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePembinaan modul literasi undang-undang untuk mualaf berkenaan hak dan implikasi perundangan akibat pemelukan Islam
dc.typetheses
dc.format.pages202
dc.identifier.barcode003738(2019)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105742+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
9.25 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.